DALAM Berita Minggu hari ini (29 November 2009), pada halaman 19, dilaporkan bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Mohd Puad Zarkhashi melahirkan rasa terperanjat kerana lebih daripada 54.3% rakyat negara ini membaca bahan bacaan kurang daripada tujuh halaman sahaja dalam sehari. Beliau juga turut melahirkan rasa kurang senang akan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menerbitkan 16,044 judul buku sahaja sepanjang tahun lalu (2008). Menurutnya, penerbit buku di Malaysia seharusnya menerbitkan 27,000 judul buku setahun bagi menampung keperluan 27 juta orang rakyat Malaysia sekarang..2. Wacana Saya berpendapat bahawa menteri tersebut wajar berasa terperanjat dengan keadaan tersebut, tetapi pada masa yang sama, beliau harus mengakui bahawa demikianlah tahap kegemaran membaca rakyat Malaysia,...
BUKAN "MERBAHAYA" TETAPI 'BERBAHAYA"
MASIH banyak pengguna bahasa Melayu yang keliru ketika menggunakan kata terbitan atau kata berimbuhan. Contoh yang ketara ialah penggunaan imbuhan dalam perkataan *merbahaya.
Bentuk itu tidak tepat kerana dalam bahasa Melayu tidak wujud imbuhan *mer-. Yang sesuai ialah ber-. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ada menyenaraikan perkataan merbahaya, tetapi dirujukkan sebagai marabahaya, yang bermaksud "bermacam-macam bencana atau bahaya". Dengan maksud itu, merbahaya atau marabahaya ialah kata nama, sedangkan berbahaya ialah kata kerja.
Maksud ber- dalam situasi ini ialah “ada” atau “mempunyai”. Dengan hal yang demikian, berbahaya bermaksud “boleh mendatangkan bahaya” atau “dalam bahaya”. Oleh itu, gunakanlah perkataan berbahaya.
Satu contoh lagi ialah *pergerakkan. Imbuhan...
HUKUM D-M
UNTUK memastikan bahawa binaan frasa nama adalah betul, kita hendaklah menyusunnya secara “hal yang hendak diterangkan” (inti atau fokus) mendahului “hal yang menerangkan” (penerang atau cerita). Susunan ini dikenali sebagai Hukum D-M, yang bermaksud “diterangkan dan menerangkan”, iaitu D= diterangkan, dan M= menerangkan. .
Sekiranya susunan itu terbalik, binaan frasa tersebut dianggap tidak tepat. Contoh penggunaan yang salah adalah seperti yang berikut:
.*mini bas
*goreng pisang
*cili sos
.
Adakah kita menaiki mini? Tidak, kita menaiki bas. Kita tidak makan goreng, tetapi makan pisang. Kita tidak menggunakan cili, tetapi menggunakan sos. Perkataan mini, goreng, dan cili hanyalah penerang jenis bagi bas, pisang, dan sos. Oleh itu, kita menaiki bas mini (bas kecil), makan pisang goreng...
TIADA HURUF "Y" PADA AKHIR KATA
HURUF “y” pada akhir perkataan bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu sering dikekalkan oleh segelintir pengguna bahasa Melayu dalam penulisan mereka. Kecenderungan ini merupakan kesalahan bahasa dari aspek ejaan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam bahasa Melayu, huruf “y” bukan huruf vokal, tidak dapat membentuk suku kata, dan tidak boleh wujud pada akhir perkataan.
.Beberapa contoh yang dapat dikesan antaranya ialah *January dan *February. Dalam bahasa Melayu, “y” hanya boleh hadir pada awal suku kata, seperti dalam perkataan yayasan, bayar, dan kayu. Jika digunakan pada akhir suku kata atau perkataan, bagaimana perkataan berkenaan hendak dibunyikan? Oleh hal yang demikian, ejaan yang betul ialah Januari dan Februari, iaitu “y” digantikan dengan “i”.
.Penggantian ini melibatkan...
HURUF "E" ATAU "I", DAN "O" ATAU "U" DALAM KATA PINJAMAN
TERDAPAT perkataan serapan daripada bahasa asing yang ejaan asalnya menggunakan “e” dieja sebagai “i”, dan “o” dieja sebagai “u”. Cara pengejaan tersebut tidak tepat. Perkataan daripada bahasa asing tidak tertakluk kepada 18 pola keselarasan huruf vokal bahasa Melayu. Ejaan asal perkataan tersebut dikekalkan atas dasar kecualian. Oleh itu, banyak ejaan kata pinjaman tertakluk kepada pola kecualian keselarasan huruf vokal.
Perkataan yang terlibat, antaranya ialah bestari dan pendeta yang berasal daripada bahasa Sanskrit, kerap dieja sebagai *bistari dan *pendita. Perkataan lain yang dapat dikesan ialah *anih dan *tulin. Kedua-dua perkataan daripada bahasa Indonesia itu sepatutnya dieja aneh dan tulen. Perkataan daripada bahasa Inggeris, protein dan atlet pula selalu dieja secara salah sebagai...
KATA KLITIK PERLU BERCANTUM DENGAN KATA DASAR
KATA klitik ialah istilah yang digunakan untuk ganti nama singkat. Bentuk ini sering digunakan oleh pengguna bahasa berdasarkan keperluan budaya. Bentuk yang lazim digunakan ialah kau-, -mu, -ku, dan -nya.
.Bentuk singkat ini tidak boleh berdiri sendiri sebagai perkataan. Oleh itu, ganti nama ini perlu dicantumkan pada kata dasar yang mendahului atau mengikutinya.
.kaubaca
kausambut
kucari
kutulis
adikku
kepunyaanku
keperluanmu
laporanmu
bukunya
.
Oleh itu, bentuk yang berikut adalah tidak betul: .*kau baca
*kau sambut
*ku cari
*ku tulis
*adik ku
*kepunyaan ku
*keperluan mu
*laporan mu
*buku n...
JANGAN LUPA TANDA SEMPANG!
TANDA sempang (-) adalah antara tanda bacaan yang sangat penting dalam penulisan, selain noktah dan koma.
.Sempang perlu digunakan bagi penulisan kata ganda. Contohnya, lama-lama, setinggi-tinggi, pelabur-pelabur, lintang-pukang, kuih-muih, dan sebagainya. Tanda itu dikekalkan walaupun gandaan itu mengalami pengimbuhan apitan. Contohnya, melama-lamakan, memporak-perandakan, disia-siakan, dan sebagainya.
.Tanda itu juga perlu digunakan apabila menulis huruf yang bercantum dengan angka dalam satu perkataan. Contohnya, ke-47, 1990-an, 60-an, dan seumpamanya. Oleh hal yang demikian, tidak tepat jika kita menulis bentuk-bentuk tersebut *ke47 atau *ke 47, *1990an atau *1990 an, dan *60an atau *60 an.
.Selain itu, sempang perlu digunakan untuk mencantumkan huruf kecil dengan huruf besar dalam satu...
MENGENALI KATA KERJA TRANSITIF
KATA kerja ialah sejumlah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan. Kata kerja transitif ialah perkataan yang digunakan dalam binaan ayat transitif. Kata kerja jenis ini perlu diikuti oleh kata nama atau frasa nama, yang dikenali sebagai objek. Binaan ayat transitif berkenaan dianggap salah sekiranya kata kerja berkenaan tidak diikuti secara langsung oleh objek. .
Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti kata kerja transitif? .Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd dalam buku Tatabahasa Dinamika, cara yang mudah adalah dengan menanyakan “apa”. Sekiranya ada jawapannya, kata kerja yang digunakan itu ialah kata kerja transitif. Contohnya: .Menaiki apa? Menaiki bas.
Memasak apa? Memasak bubur.
.
Perkataan bas dan bubur ialah penyambut perbuatan, atau objek. Dengan hal yang demikian,...
KUIZ INTERAKTIF - SEMESTER 2
Untuk menjawab soalan kuiz interaktif, sila klik pautan yang disenaraikan.
*Anda boleh menjawab soalan-soalan yang berikut dan menyerahkan jawapannya pada bila-bila masa. Lihat jawapan yang betul yang disediakan selepas jawapan anda diserahkan.
A. MORFOLOGI
1. Soalan Struktur - Morfologi: Golongan Kata - Kata Tugas
B. SINTAKSIS
1. Soalan Aneka Pilihan dan Struktur - Sintaksis: Proses Penerbitan Ayat
2. Sintaksis: Frasa (2013 - 2019) - Bahagian A...
BAHASA MELAYU YANG KEEMPAT DI DUNIA
BAHASA Melayu yang digunakan pada hari ini berada dalam kedudukan keempat di dunia dari segi penggunaannya. .
Hal ini dinyatakan oleh Wu Zongyu dalam kertas kerjanya, “Colloquium on Chinese Scholarship on the Malay World 2002” (Dewan Bahasa, Januari 2004: halaman 46). Menurut sarjana ini, bahasa Melayu berada di belakang bahasa Cina, bahasa Inggeris, dan bahasa Sepanyol. .
Pendapat itu agak memeranjatkan kerana bahasa Melayu yang semakin tiada harga di negara sendiri ini tersenarai dalam empat yang terbesar dari segi penggunaannya. Juga memeranjatkan apabila bahasa Inggeris tidak termasuk sebagai bahasa paling banyak digunakan di dunia. .
Pengarah The English Company (UK) Ltd., David Graddol, dalam jurnal Sains berjudul “Masa Depan Bahasa” menyatakan bahawa bahasa Benggali, bahasa Tamil dan...
MENGGUNAKAN KATA SECARA BETUL

GAMBAR yang tertera ialah sebahagian daripada papan peringatan yang diletakkan di beberapa buah taman permainan di Terengganu. Maklumat yang hendak disampaikan adalah jelas. Pengunjung dapat memahaminya walaupun ada yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Namun demikian, penggunaan bahasa pada bahagian tertentu didapati ada kesilapan dari segi ejaan dan tatabahasa.
.Kita analisis kesilapan tersebut dan cuba memperbetul semua kesilapan itu satu persatu demi kepentingan bahasa kita.
.
1. Kesalahan dari segi penggunaan imbuhan pada perkataan merosakan.
Perkataan merosakan terhasil daripada kata dasar rosak yang diberi imbuhan me-...-kan....
WACANA SAYA
Catatan ini sebahagian daripada catatan yang asalnya terdapat dalam laman Wacana Saya, yang digabungkan dalam laman ini untuk memudahkan pengurusan.Guru Tidak Makan Tengah Hari?
Pemansuhan PPSMI: Terima Kasih, Kerajaan
Cabaran Sesi Tahun Baharu
Guru Profesional?
Tan Lian Hoe Menyelewengkan Fakta Sejarah!
Buku Kurang Membaca Pun Kurang?
MUET Tidak Mesra Pengawas!
Tuntutan BISP Bahasa Malaysia Wajar
Bersempena dengan Hari Guru (2008)...
Pelajar Yang Seronok!
Pelajar Sains Sesuai Ambil Mata Pelajaran Kesusasteraan
Budaya Menulis Catatan
Berbicaralah dengan Sop...
GURU PROFESIONAL?
SERING kita dengar frasa guru sebagai profesion, profesion keguruan, profesion guru, dan ditambah dengan rangkai kata bidang profesional, daripada mulut masyarakat dan pemimpin, termasuklah pemimpin dalam Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada ungkapan itu, dapat kita simpulkan bahawa "bidang keguruan ialah satu profesion, dan sebagai satu profesion, guru ialah orang profesional"..2. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, profesion ialah pekerjaan, terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Berdasarkan latihan khas yang dijalani oleh bakal guru dan guru sedang berkhidmat, dapatlah kita katakan bahawa bidang keguruan merupakan satu profesion. Oleh itu, pendapat di atas ada benarnya. Hal ini dapat diterima dengan mengetepikan tenaga pengajar yang...
MUET TIDAK MESRA PENGAWAS!
HARI ini berlangsung Malaysian University English Test (MUET) edisi hujung tahun 2009 di seluruh negara. Setiap pelajar universiti wajib lulus ujian ini untuk membolehkan mereka memperoleh ijazah..2. Ujian hari ini nampaknya rumit juga. Tidak mudah untuk menulis sepatah kata dalam satu ruangan bagi Bahagian 1, atau menulis frasa yang tidak lebih daripada lima patah kata bagi Bahagian 3. Namun begitu, itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh calon-calon ujian ini semenjak format baharu diperkenalkan mulai akhir tahun lalu..3. Satu hal yang harus diambil perhatian oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ialah pelaksanaan ujian itu. Sekiranya pelajar rumit hendak menjawab soalan, pengawas yang dilantik turut menghadapi kerumitan lain. Waktu ujian yang sangat sendat menyebabkan pengawas bernafas...
TUNTUTAN BISP BAHASA MALAYSIA WAJAR
UTUSAN MALAYSIA melalui Portal Pendidikan hari ini melaporkan bahawa tuntutan Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru Bahasa Malaysia telah dibuat oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.
2. Menurut laporan itu, tuntutan dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran Bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan, kerana mereka mengajarkan bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.
3. Wacana Saya berpendapat bahawa tuntutan itu tidak mengejutkan dan tidak keterlaluan, malahan wajar. Sudah tiba masanya guru Bahasa Malaysia diberi penghargaan kerana tugas mengajarkan mata pelajaran...
PELAJAR YANG SERONOK!
"PELAJAR berhak mendapat keseronokan dalam proses pembelajaran mereka," kata Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong, dalam pertemuan dengan Pengetua dan Guru SPM dan STPM Peringkat Daerah Dungun di Sekolah Menengah Sains Dungun, pada 15 Oktober 2009 (Khamis), pukul 2.30 petang.
.2. Menurutnya, guru harus melakukan apa-apa sahaja yang wajar agar dapat menyeronokkan pelajar dalam pembelajaran mereka, yang membolehkan mereka terus selesa belajar dan ingin terus belajar. Tambahnya lagi, guru harus rasa bersalah sekiranya pelajar tidak memperoleh keseronokan..3. Perkataan "seronok" itu mungkin ada perkaitan dengan perkataan "menarik" yang selalu digunakan dalam buku pedagogi tentang kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan. Sekiranya pengajaran guru menarik, atau...
PELAJAR SAINS SESUAI AMBIL MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN
KELMARIN, Berita Harian (22 Oktober 2009) melaporkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan agar mata pelajaran Sastera kembali diajarkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Menurutnya, pengajaran mata pelajaran itu pernah dilaksanakan di SBP sebelum ini..2. Cadangan tersebut mempunyai asas yang kuat untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran. Tidak aneh bagi pelajar aliran Sains mengambil mata pelajaran dalam aliran Kemanusiaan. Unsur dalam subjek Sastera sebenarnya memberi banyak imbangan nilai murni kepada pelajar..3. Selama ini, Sastera hanya diambil oleh pelajar aliran Kemanusiaan. Di sekolah harian biasa, banyak sekolah meletakkan mata pelajaran ini diambil oleh pelajar sederhana, malahan terdapat sekolah yang menetapkan subjek ini diambil...
BUDAYA MENULIS CATATAN
SEMASA Perhimpunan Mingguan, Ahad, 27 September 2009 lalu, Pengetua Kanan SMK Sultan Omar, Dungun, Encik Abdul Rahman bin Husin menyarankan agar pelajar mempunyai buku catatan dan membawa buku itu ketika menghadiri perhimpunan. Menurutnya, buku catatan sangat penting dibawa ke majlis perhimpunan kerana banyak maklumat dan pandangan dikemukakan oleh guru ketika itu. Menurut beliau lagi, tanpa mencatat maklumat tersebut, kita mungkin terlupa dan tidak dapat dijadikan rujukan.
2. Saranan tersebut wajar diberikan perhatian. Buku catatan harus menjadi rakan akrab kita ke mana-mana sahaja kita pergi, apatah lagi dalam majlis ilmu. Ketika mendengar tazkirah di masjid atau di surau juga, elok bagi kita jika membuat catatan.
3. Dengan adanya buku tersebut, kita tidak terkial-kial mencari cebisan...
BERBICARALAH DENGAN SOPAN...
BERBUDI bahasa bermaksud berbahasa dan bertingkah laku dengan sopan. Pada masa dahulu, budi bahasa menjadi syarat atau kriteria penting dalam pemilihan sesuatu, termasuk dalam hal memilih menantu, kerana berbudi bahasa menjadi lambang positif dan ketulusan seseorang.
2. Manifestasi kepentingan budi bahasa terlihat dalam penggunaan frasa yang dikenali sebagai kesantunan berbahasa. Misalnya, frasa “buang air” digunakan untuk menggantikan perkataan “berak” atau “kencing” sebagai tanda kehalusan. Penggunaan bentuk ‘berlapik’ tersebut dapat mengelakkan rasa tersinggung dan jijik. Demikian juga rangkai kata “meninggal dunia” atau “pulang ke rahmatullah” digunakan bagi menggantikan “mati”. Perempuan yang sedang mengandung juga diberi perkataan lain, “berbadan dua”, sedangkan perkataan “mengandung”...
UNSUR BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR asing dalam bahasa Melayu wujud melalui proses pengambilan atau peminjaman daripada bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa yang lebih maju dalam tamadun yang lebih tinggi. Hal demikian terjadi apabila berlaku pertembungan dengan tamadun tersebu...
BAHASA MELAYU MODEN - PERANCANGAN
SATU daripada ciri utama bahasa Melayu moden ialah bahasa itu memiliki pelbagai laras, jauh lebih banyak daripada laras yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik. Wujudnya banyak laras itu, selain disebabkan perkembangan bahasa, turut ada kaitan dengan perancangan yang dijalank...
BAHASA MELAYU MODEN - SUMBANGAN TOKOH & PERTUBUHAN
USAHA meninggikan martabat bahasa Melayu dijalankan oleh beberapa individu dan pertubuhan tertentu. Hal ini dibantu oleh perkembangan kesusasteraan Melayu yang sangat menyerlah, diterajui oleh cerdik pandai lulusan sekolah Melayu dan Ara...
BAHASA MELAYU MODEN - PERANANNYA
SEMENJAK berkembangnya bahasa Melayu klasik (abad ke-14 hingga abad ke-17), bahasa Melayu telah memainkan peranan yang sangat penting, iaitu bahasa perhubungan. Pada masa itu, setiap orang yang datang ke Nusantara, perlu mengetahui bahasa Melayu untuk berhubung dengan masyarakat Nusantara, sama ada dalam urusan perdagangan, keagamaan, atau hubungan sosial yang lain. Hal itu berlaku demikian kerana orang Melayu pada masa itu tidak menguasai atau memahami bahasa lain. Dengan hal yang sedemikian, bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perantaraan bagi dua budaya atau kaum yang berbez...
PAHAT PPSMI MASIH BERBUNYI
HAL PPSMI belum berakhir walaupun Kementerian Pelajaran sudah memuktamadkan bahawa program itu akan dimansuhkan pada tahun 2012. Setelah perjuangan golongan yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berjaya, dan mendapat sokongan, tidak kurang jumlah yang membantah keputusan kerajaan itu.
Perhatikan antara pendapat yang membantah pemansuhan PPSMI yang dikutip daripada ruangan KOMEN BH melalui SMS pada minggu lalu....anak-anak Melayu akan dipandang teruk. PPSMI tak patut dihapuskan. Percayalah berikan anak-anak belajar BI akan menjadi anak-anak yang berilmu global... – (FEROLA)
Pembatalan PPSMI satu langkah kurang bijak. Perlu berani menerima cabaran. Produk program tidak akan datang sekelip mata. Perlu masa untuk melihat kemajuan ... (GURUMELAYUTESL)
Kaum lain belajar BI...
LELAMAN : RIMBUNAHU
- Apabila Sudah Banyak...
- Baru dan Baharu
- Bukan "Merbahaya"...
- Dibayar di Kaunter
- Ejaan Kata Pinjaman
- Ejaan yang Tidak Mematuhi Pola Keselarasan Huruf Vokal
- Golongan Kata dan Fungsi Kata
- Hal Ini Terjadi Demikian...
- Hukum D-M
- Huruf "E" atau "I", dan "O" atau "U" dalam Kata Pinjaman
- Istirehat, atau Istirahat?
- Jangan Lupa Tanda Sempang!
- Kata Adjektif Tidak Sesuai dengan Apitan "Memper-...-kan"
- Kata Klitik Perlu Bercantum dengan Kata Dasar
- Mengenali Kata Kerja Transitif
- Menggunakan Kata secara Betul
- Muasir
- Ramadhan, atau Ramadan?
- Sambil Lewa?
- Tewas - Tumpas
- Tiada Huruf "Y" pada Akhir Kata
- Tidak Peka akan Ejaan yang Betul
SENARAI CATATAN
- Menguasai Istilah atau Unsur Bahasa
- Perubahan Kurikulum STPM Mulai 2018
- IPTA Dikenali sebagai UA Pula
- Pemantapan Pedagogi kepada Guru Tingkatan 6
- Dua Tema Kerja Kursus Penggal 3 (2014)
- Mohon Dimaklumkan Sebarang Kesilapan dalam Buku "Bahasa Melayu STPM Penggal 2"
- Amaran daripada MPM tentang Penulisan Esei Berformat
- Bilakah Kami Dapat Beruniform Baharu, Cikgu?
- Mendepani Kajian Ilmiah
- Perjuangan Bakal Bermula
- Warkah kepada Pelajar Prauniversiti Bawah
- Peraturan Bahasa Harus Dipermudah
- Model Latihan dan Cakera Padat Tatabahasa
- Tepuk Dada Tanya Selera...
- Dua Kata Dasar Dieja Bercantum ialah Kata Majmuk
- Beberapa yang Baharu dalam Tatabahasa Asas
- Manual Calon PBS (STPM) Penggal 2 Sudah Dikeluarkan
- Bersedia untuk Penggal Kedua
- Soalan BM Penggal 1 Mampu Dijawab dengan Baik
- STPM Penggal 1 Berlalu
- Sayembara Menulis Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan 2012
- Buku Tatabahasa STPM Telah Diterbitkan
- Bahasa Melayu di Universiti Dunia
- Penjenamaan Semula Tingkatan Enam dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
- Tingkatan Enam Mungkin Diasingkan daripada Sekolah Biasa
- 2012: Pemula dan Pengakhir
- Cadangan Jawapan Soalan STPM 2011 - Tatabahasa
- Sepintas Lalu tentang Soalan BM Kertas 1 (2011)
LELAMAN : MARTABAT 3
- Sebuah Cinta...
- J. Hunter Farris dengan Bahasa Melayu
- "Tepuk Dada Tanya Selera" - Versi 2
- Kementerian Kewangan Mahu Iklan dalam Bahasa Melayu
- Preve - Suatu Bukti?
- "Tigers" dan "Leopards" lawan Garuda dan Rajawali
- DBP Wajar Edit Dokumen Rasmi Kerajaan
- Warkah kepada Siti Jarum
- Pahat PPSMI Masih Berbunyi?
- Pengharaman Bahasa Asing di Bulgaria
- Keistimewaan dan Kekurangan Bahasa?
- Bahasa Melayu Keempat di Dunia
- Orang Melayu Tidak Bangga akan Bahasa Sendiri?
- Bahasa Anugerah kepada Bangsa
- Bahasa Melayu Semakin Rojak
- Indah Disebut Sempit Ditafsir
- Kajilah Semula Pelaksanaan PPSMI
- Wajibkan Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Peringkat Pengajian Tinggi
- "Martabat 3"
KONGSI BAHAN
Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.
Kesudian anda sangat dihargai.
Kesudian anda sangat dihargai.
MAKALAH PENULIS LAIN
MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.
TENTANG SAYA
DENGAN NAMA ALLAH
YANG BERSAMA DENGAN KITA
PAUTAN JABATAN PELAJARAN NEGERI
PAUTAN IPTA
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Malaysia Kelantan
- Universiti Malaysia Pahang
- Universiti Malaysia Perlis
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia Melaka
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Utara Malaysia