TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

PREVE ... SUATU BUKTI?

TAHNIAH kepada syarikat kereta kebangsaan, Perusahaan Otomobil Nasional, yang lebih dikenali dengan nama akronim, Proton, kerana melancarkan binaan terbaharu malam tadi.

Pada awal April lalu, Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, dilaporkan oleh akhbar tempatan, menyatakan bahawa Preve bermaksud "bukti". Menurut tokoh itu, nama model terkini kereta negara itu menjadi gambaran bahawa ”…sudah terbukti kepada dunia bahawa PROTON mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.” Katanya lagi, “Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia."


Yang manakah paling sedap disebut: Preve atau bukti? Adakah perkataan "bukti" sukar untuk disebut oleh lidah orang bukan Melayu, khususnya orang Eropah? Rumitkah bagi kita untuk menyebut perkataan "Samsung" dan "Hyundai" atau "Daihatsu" dan "Mitsubishi"?

Sekiranya diimbas kembali, nama kereta negara kita sebelum ini cukup menarik. Pada peringkat awalnya, jenama kereta Malaysia menampilkan nama jati diri, yang bermula dengan "Saga", diikuti dengan "Iswara", "Wira", "Waja", "Satria", "Putra", "Tiara", dan "Juara", hinggalah "Perdana", "Arena", dan "Persona". namun kemudiannya muncullah nama "Gen 2", "Savy", "Inspira", yang menunjukkan bukti lencongan pemikiran korporat atas alasan untuk kepentingan pasaran.

Kalau kenderaan buatan Jepun, Korea dan Jerman menakluk pasaran dunia dengan hebatnya walaupun menggunakan nama daripada bahasa sendiri, apakah tidak mungkin nama berciri kebangsaan juga boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa?

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsuddin pernah menyuarakan hal ini di Dewan Negara pada tahun 2009. Jawapan yang diperoleh nyatalah memperkuat tanggapan bahawa nama tempatan bagai tidak mampu menarik minat pembeli antarabangsa.

Akhbar Berita Harian hari ini menyifatkan pelancaran keluaran baharu Proton itu sebagai bukti keunggulan syarikat tempatan, tetapi pemilihan nama asing untuk barangan keluaran tempatan memperlihatkan bukti yang kuat tentang ketidakprihatinan segelintir masyarakat negara kita kepada bahasa milik sendiri.

1 ulasan:

Puan Siti berkata...

Assalamualaikum,

Saya setuju sekali dengan kenyataan cikgu. Masyarakat Melayu kita sendiri tidak yakin akan kemampuan serta tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu, bagaimana kita hendak menyuruh bangsa lain memartabatkannya?

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.