TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

DUA KATA DASAR DIEJA BERCANTUM IALAH KATA MAJMUK

PENULIS buku Tatabahasa Asas (TA) sedang giat membuat pembetulan dan menjelaskan beberapa kekeliruan yang terdapat dalam buku tersebut melalui Facebook JU BM Tingkatan 6.  Oleh hal yang demikian, guru Bahasa Melayu STPM digalakkan untuk mempunyai akaun Facebook dan menjadi rakan JU BM Tingkatan 6.

Dengan menjadi rakan JU BM Tingkatan 6, guru dapat menyatakan kesilapan atau kekeliruan, memberi pandangan, dan seterusnya mengikuti pembetulan atau penjelasan daripada pihak berkenaan.

Antara penjelasan terbaharu daripada JU adalah tentang kata majmuk yang dieja secara bercantum yang terdapat dalam TA (2012:32). TA mengakui bahawa pernyataan "Yang berikut merupakan kata majmuk yang ditulis bercantum mengikut Tatabahasa Dewan (2008:74)" adalah silap. Buku Tatabahasa Dewan tidak menyenaraikan perkataan "dukacita", "walhal", "apakala", "bagaimana", "kadangkala", "sukacita", "dinihari", "barangkali", "peribadi", "apahal", "darihal", dan "peribahasa" sebagai kata majmuk. Perkataan "haribulan" juga sepatutnya dieja terpisah, "hari bulan".

Namun begitu, TA menganggap kesemua perkataan tersebut sebagai kata majmuk kerana terbentuk daripada dua kata dasar dan telah mantap ejaannya secara berangkai. Penerimaan bentuk ini sebagai kata majmuk dibuat dengan berdasarkan buku Asmah Haji Omar, Nahu Melayu Mutakhir Edisi 5 (2009:234), dan Abdullah Hassan, Morfologi (2006:275-277). Buku-buku ini disenaraikan dalam halaman "Bibliografi", TA (2012:557-559). 

Tatabahasa Dewan edisi terawal, Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan (1989:35) pernah  menyenaraikan 29 kata majmuk ejaan bercantum, tetapi dikurangkan menjadi 15 sahaja dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1995:75). Jumlah 15 itu dikekalkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:74), malahan diberikan penegasan "...bukan kata majmuk...", walaupun dieja secara bercantum. Hal ini ada diulas oleh Abdullah Hassan (2006:275-277).

Dengan alasan yang diberikan oleh penulis TA itu, dapatlah dikatakan bahawa semua perkataan yang mengandungi dua kata dasar yang dieja secara serangkai secara automatik termasuk dalam kata majmuk.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.