TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

MANUAL CALON PBS (STPM) PENGGAL 2 SUDAH DIKELUARKAN

MANUAL Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Manual Calon STPM Penggal 2 tahun 2013 sudah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui laman sesawang MPM. Guru dan calon STPM boleh memuat turun manual itu sebagai persiapan untuk merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi penggal itu.

PBS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) memerlukan calon menyelesaikan penulisan lapan esei berformat, iaitu format laporan, teks ucapan, ceramah, syarahan, memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi. Mengikut Sukatan Pelajaran BM Sistem Baharu, calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, dan Sekolah Swasta dikehendaki menyelesaikan pengajaran dan pembelajaran, serta pengujian dan pemeriksaan esei tersebut dalam tempoh 40 waktu pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut Jadual Perancangan dan Pelaksanaan PBS itu, pengajaran dan pembelajaran bermula dengan pengenalan tentang penulisan esei berformat pada minggu pertama persekolahan yang bermula pada 1 Januari 2013 (bagi sekolah di Kedah, Kelantan, dan Terengganu) atau 2 Januari 2013 (selain sekolah di Kedah, Kelantan, dan Terengganu). Pengajaran dan pembelajaran, pengujian dan penghantaran esei berlangsung dari minggu kedua perselolahan hingga 8 April 2013.

Pengujian untuk setiap esei bagi semua calon sekolah dibuat pada waktu pengajaran dan pembelajaran selepas format dan teknik penulisan diajarkan kepada calon. Dalam tempoh itu juga calon boleh menambah baik markah penulisan yang telah disemak oleh guru.

Selain mengikuti pembelajaran tentang penulisan esei, calon juga mengikuti pembelajaran tentang sistem bahasa Melayu. Pada Penggal 2 ini, calon akan mempelajari sistem tatabahasa bahasa Melayu, yang melibatkan aspek morfologi dan sintaksis dalam tempoh 62 waktu, dan aspek analisis kesalahan bahasa selama 18 waktu. Pengujian untuk pembelajaran sistem bahasa ini akan dibuat secara berpusat pada akhir Penggal 2.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.