TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BERTANYA

Sila kemukakan pertanyaan anda di sini. Untuk memberi pendapat tentang hal lain, sila gunakan pautan PENDAPAT. Gunakan bahasa kebangsaan yang betul.

25 ulasan:

Syafie berkata...

Bolehkah buku Tatabahasa Dewan digunakan untuk BM Penggal 2 nanti?

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Boleh. Namun begitu, beberapa tajuk memerlukan rujukan daripada buku Tatabahasa Asas kerana ada maklumat terkini.

Tanpa Nama berkata...

Salam tn..mcm mana nak order buku bm penggal 2.

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Salam kembali. Buku Penggal 2 yang mana yang dimaksudkan?

zauf berkata...

Salam tuan..saya nak beli beli buku rujukan yang tuan tulis tu..macamana nak order?

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Salam kembali Sdr. Zauf.
Mengikut editor penerbitan, buku tersebut telah ada dalam pasaran, termasuk di Sabah dan di Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan skema lengkap kertas bahasa Melayu penggal 3?

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Hanya guru pemeriksa kertas penggal berkenaan sahaja yang memilikinya. Dapatkan daripada guru tersebut.

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu cmn saya nak dapatkan cadangan jawapan morfologi aneka pilihan 1 dan 2 tu..

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Salam kembali, Sdr. Jawapan latihan aneka pilihan 1 dan 2 baru saya sediakan dalam satu helaian. Selamat belajar.

Tanpa Nama berkata...

Assalam. tuan saya mohon perkongsian ilmu. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,,,,,cikgu saye nk sdikit maklumat tntg bahasa melayu kuno,,,,dan buku apakah yg ssuai utk pggal stu??

DermagaBMSTPM berkata...

Saudara,
Boleh digunakan mana-mana buku di pasaran, termasuk yang diterbitkan oleh Persataun Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, tetapi buku ini perlu dipesan daripada wakil penerbitnya.

Nur Afifah Mohd Lazim berkata...

Assalamualaikum Cikgu, boleh terangkan secara terperinci mengenai laras resipi dari aspek

a) ciri-ciri laras resipi secara umum
b)jenis binaan ayat atau frasa yang digunakan
c) kata kerja yang digunakan dalam laras resipi

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Waalaikumus salam, Nur Afifah.

Hendak menerangkan secara terperinci rasanya mungkin saya tidak mampu. Namun, bolehlah saya jelaskan secara ringkas, Hal laras resepi ini juga sudah ada dibincangkan dalam pelbagai buku rujukan di pasaran sekarang.

a) Secara umum, laras resepi ialah laras untuk bidang masakan, yang digunakan oleh pihak yang mengemukakan sesuatu menu untuk dicuba oleh pihak lain. Laras ini memberi pengetahuan dan panduan kepada orang yang ingin memasak sesuatu masakan. Laras ini disalurkan melalui terbitan media cetak dan media elektronik, termasuk melalui internet. Meskipun ringkas, selalunya penjelasannya tepat dan jelas.

b) Ayat yang digunakan dalam penulisan laras resepi ialah, (i) ayat perintah, kerana terdapat arahan, seperti "potong kecil-kecil", "toskan hingga...", "kacau hingga mendidih", dan sebagainya; (ii) ayat pasif, kerana kebanyakan perintah mempunyai ragam pasif orang kedua, (iii) keseluruhannya ayat yang digunakan pendek tetapi jelas dan berkesan, kerana mudah difahami; (iv) Sehubungan dengan itu, ayat yang digunakan terdiri daripada ayat yang mengalami pengguguran, kerana kata ganti nama tidak disebut.

c) Kata kerjanya lazimnya terdiri daripada kata kerja pasif orang kedua, seperti, "Tumiskan bahan-bahan tadi..." sebenarnya ialah "Anda tumiskan bahan-bahan tadi"....

OK, itu sahaja yang dapat saya jelaskan. Selamat belajar, dan selamat berjaya, insya-Allah.

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Sdr Tanpa Nama yang memerlukan skema... Maaf terlewat sangat mengesan mesej Sdr. Sila nyatakan Penggal dan tajuk/nama soalan untuk memudahkan saya mengenal pasti soalan yang dimaksudkan...

farhah najiha berkata...

assalamualaikum cg. Ada tak skema jawapan utk penggal 3 2014 dan ulangan penggal 3 2013?

Tanpa Nama berkata...

assalamualikum cg. ada x buku panduan bahasa melayu tropikal penggal 3 terbaru yg diterbitkan dewan bahasa & pustaka sdn bhd dan ppbmm.mohon bagi tahu

Unknown berkata...

Salam..tn.saya ada pertanyaan berkaitan cara mengesan golongan kata dari aspek sintaksis dan morfologi..saya agak keliru terutamanya apabila menggunakan teknik sintaksis.

Unknown berkata...

Boleh tn tgokkan ayat ini.
Jauhnya rumah nenek saya sepemanah daripada rumah kami
Kata bergaris:pemanah
Jawapan saya:
Golongan kata:kata nama
Bukti sintaksis:sebagai predikat ayat
Bukti Morfologi:hadirnya imbuhan pe-

Unknown berkata...

Boleh tn tgokkan ayat ini.
Jauhnya rumah nenek saya sepemanah daripada rumah kami
Kata bergaris:pemanah
Jawapan saya:
Golongan kata:kata nama
Bukti sintaksis:sebagai predikat ayat
Bukti Morfologi:hadirnya imbuhan pe-

Unknown berkata...

Boleh tn tgokkan ayat ini.
Jauhnya rumah nenek saya sepemanah daripada rumah kami
Kata bergaris:pemanah
Jawapan saya:
Golongan kata:kata nama
Bukti sintaksis:sebagai predikat ayat
Bukti Morfologi:hadirnya imbuhan pe-

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan. Bagaimana saya boleh dapatkan buku Tatabahasa Asas Edisi Ke 2.

Unknown berkata...

Salam, soalan mengikut topik penggal 3 bab Laras bahasa, Semantik, dan pragmatik ada tak?

nisazmi berkata...

Maaf bertanya,, di mana untuk saya mendapatkan jawapan soalan-soalan latihan dan percubaan dalam blog ini...
terima kasih

cg azmi smkdh

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.