TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

DUA TEMA KERJA KURSUS PENGGAL 3 (2014)

MAJLIS Peperiksaan Malaysia telah menetapkan bahawa tema kerja kursus atau kertas projek Bahasa Melayu bagi Penggal 3 2014 ialah Laras Bahasa, dan Fonetik dan Fonologi. Laras bahasa ialah satu tajuk dalam Penggal 3, manakala Fonetik dan Fonologi merupakan tajuk yang telah dipelajari semasa dalam Penggal 1.


Calon perlu memilih satu daripada dua tema yang ditetapkan, dan menyediakan satu tajuk yang berkaitan dengan tema tersebut. Calon perlu berhati-hati menentukan tajuk agar menepati ruang lingkup tema. Selain itu, pemilihan tajuk yang tidak tepat atau kurang berpotensi untuk dihuraikan, akan menyebabkan pelajar terpaksa menukar tajuk pada pertengahan waktu kajian, dan tentunya menyebabkan calon kerugian dari segi waktu.

Pilihlah tajuk yang mempunyai banyak isi dan dapat dihuraikan dengan baik, berdasarkan objektif yang ditentukan oleh calon sendiri. Calon perlu mengikuti format yang ditentukan semasa menulis kajian kerana setiap format mempunyai markah tersendiri.

Panjang penulisan esei hendaklah antara 2,000 hingga 2,500 patah perkataan. Pengiraan jumlah perkataan bermula daripada subtajuk Pengenalan hingga Penutup sahaja.

Kajian dilakukan dan ditulis secara berkumpulan. Selain itu, calon juga dinilai dari segi persembahan. Pembentangan dilaksanakan secara bersama-sama tetapi penilaiannya dilakukan secara individu di depan guru dan calon-calon lain. Dalam bahagian ini, calon perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru sebagai penilai dan khalayak yang mengikuti pembentangan tersebut.

Dapatkan penjelasan lain tentang format dan kaedah penulisan esei dan pembentangan daripada guru anda.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu saya nak mintak pendapat tajuk yang sesuai untuk pbs kali ini

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Sdr,
Tajuk yang sesuai ialah tajuk yang relevan dengan tema yang diberikan, dapat dinyatakan objektifnya dengan jelas dan munasabah, serta dapat dihuraikan dapatannya dengan jelas juga.

Tema mana yang hendak anda tulis?

Tanpa Nama berkata...

aslmkum ckgu.. kalau pilih tema fonetik fonologi, pilih satu (konsonan)atau ketiga2 penggolongan & penghasilan bunyi bahasa (vokal, konsonan, diftong)?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Sddr,
Jika cukup objektif dan datanya, boleh sahaja dibincangkan tentang satu daripadanya.

Contohnya, penghilangan konsonan dalam dialek Kelantan. Konsonan [m] tidak wujud di tengah kata, berganti dengan bunyi [e depan separuh luas] pada akhir kata, malahan [r] dan [l] akhir kata juga tidak diucapkan. Yang ini banyak data, dan boleh diwujudkan tiga objektif.

Unknown berkata...

Assalamualaikum Cikgu.
Kalau saya pilih tajuk Kesalahan Bahasa dalam tajuk Fonetik dan Fonologi... Sesuaikah Cikgu??

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.