TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BEBERAPA YANG BAHARU DALAM TATABAHASA ASAS

BUKU Tatabahasa Asas, cetakan pertama 2012, terbitan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia mula digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu STPM Penggal 2. Buku ini menjadi rujukan utama tentang tatabahasa bagi Kertas 2 (910/2). Oleh itu, huraian dan peraturan yang dimuatkan di dalam buku ini menjadi asas utama penggubalan soalan dan penentuan skema jawapan dalam peperiksaan berpusat pada akhir penggal ini. Dengan hal yang demikian, guru dan pelajar perlu menekuni dan memahami buku ini untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan seperti yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Baharu.


Dengan gabungan usaha lima orang penulis: Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman, dan Ton Ibrahim, terhasillah buku dengan ketebalan 584 halaman termasuk biodata ringkas tentang mereka pada bahagian akhirnya. Bab terakhir buku ini (Bab 24) adalah tentang kesalahan bahasa. Jelasnya, buku ini lengkap untuk keperluan menjawab soalan berbentuk aneka pilihan dan struktur, malahan buku ini dilengkapkan dengan bahagian latihan, Penilaian Kendiri, selepas setiap bab, yang boleh dijadikan panduan atau contoh corak soalan yang bakal dikemukakan dalam peperiksaan nanti.

Buku ini bermula dengan bahagian Morfologi, iaitu Bab 1 hingga Bab 9 (halaman 1 hingga 280), diikuti dengan bahgian Sintaksis, iaitu Bab 10 hingga Bab 23 (halaman 281 hingga 521). Halaman 522 hingga 556 ialah Bab 24, iaitu tentang Kesalahan Bahasa. Penulis-penulis buku ini menggunakan 34 buah buku sebagai rujukan yang disenaraikan dalam halaman Bibliografi (halaman 557 hingga 559). Sebelum halaman Biodata Penulis (halaman 583 hingga 584), disertakan halaman Jawapan (halaman 560 hinggga 582).

Berbanding dengan buku Tatabahasa Dewan, buku Tatabahasa Asas menampilkan beberapa perincian dan penambahbaikan tentang beberapa unsur bahasa. Dalam Bab 1, contohnya, dikemukakan tiga jenis morfem terikat, iaitu terikat satuan, terikat terbahagi, dan terikat kompleks. Dalam Bab 2, diperkenalkan penambahan alomorf baharu, iaitu meny- bagi awalan meN- dan peny- bagi awalan peN-. selain te- bagi awalan yang bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Hal ini dihuraikan dalam Bab 4: Kata Nama dan Bab 5: Kata Kerja. Pada bab ini juga dijelaskan tentang tahap dan fungsi pengimbuhan. Kata ganda semu ditambahkan bagi jenis kata ganda, malahan kata ganda bersisipan ditambahkan sebagai jenis bagi kata ganda berentak.

Dalam Bab 3: Kata Nama, satu jenis kata ganti nama lain diperkenalkan, iaitu kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama tunjuk pula dibahgikan kepada jenis umum, tempat, dan hal. Buku ini juga mengikhtiraf ia sebagai ganti nama kepada selain manusia, dengan alasan  digunakan dengan luas dalam teks bahasa Melayu klasik dan bersifat ekonomis.

Dalam Bab 6: Kata Adjektif, di bawah subtajuk Perbandingan Kata Adjektif, bagi jenis perbandingan dengan darjah biasa, Tatabahasa Asas memperkenalkan bandingan dengan penggunaan kata nafi (tidak, tak, agak), dan bagi perbandingan dengan darjah bandingan, dikemukakan bandingan dengan menggunakan kata bagai, seperti, umpama, dan sebagainya. Bagi perbandingan dengan darjah penghabisan pula, selain enam binaan atau cara bandingan, buku ini menambahkan dua cara lain, iaitu terlalu/terlampau, dan maha.

Demikianlah beberapa unsur baharu yang terdapat dalam aspek Morfologi. Pengenalan unsur tambahan dan perincian tertentu juga terdapat dalam aspek Sintaksis. Perincian dan penambahbaikan ini menuntut penelitian daripada guru dan pelajar agar dapat memahami dan menguasai unsur tatabahasa yang dikemukakan. Hal ini amat dialu-alukan kerana dapat meluaskan ruang teori dan amalan ilmu bahasa pengguna bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

Walaupun begitu, penulis buku ini harus memberikan perhatian terhadap beberapa kesalahan ejaan yang disebabkan oleh kesilapan semasa proses menaip manuskrip, selain terdapat huraian yang mungkin mengelirukan guru dan pelajar. Hal ini perlu dikenal pasti oleh penulis dan wajar dibuat pembetulan dan penjelasan dengan segera supaya tidak meresahkan guru.

Hal rujukan sumber juga perlu dititikberatkan untuk meluaskan dimensi penguasaan tatabahasa pelajar. Setakat ini didapati rujukan sumber di dalam teks tidak meluas. Yang dapat dikesan ialah beberapa nota rujukan yang melibatkan Tatabahasa Dewan atau Nik Safiah Karim dan Asmah Haji Omar sahaja, sedangkan beberapa pembaharuan itu dipetik daripada buku-buku yang dinyatakan dalam Bibliografi. Rujukan sumber serta halamannya perlu dinyatakan supaya pelajar yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mudah melakukan carian lanjut. Penulis juga perlu membetulkan beberapa kesilapan rujukan sumber yang berkaitan dengan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dalam Bibliografi, dicatatkan buku terbitan tahun 2010, tetapi rujukan sumber di dalam teks dicatatkan tahun 2008. 

4 ulasan:

Unknown berkata...

mana boleh dapatkan buku tatabahsa asas ini?

Unknown berkata...

mana boleh dapat buku tatabahasa asas bos boleh waasap saya x0179271423

Tanpa Nama berkata...

Masih ada lagi stok buku Tatabahasa Asas ini? Kalau ada mana nak dapatkannya?

Liyanakhusaini berkata...

Assalamualaikum tuan .. Kat mana saya boleh dapatkan buku ni ?

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.