TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SEMESTER 2 - Esei Berformat : STPM - MPM


STPM Sistem Lama

MEMORANDUM
  • Kini, stesen televisyen cenderung mengadakan rancangan hiburan yang bersifat realiti untuk menarik minat penonton. Rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan remaja. Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangant tersebut dan mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum tersebut selengkapnya. (2006:A3)
  • Sungguhpun bidang penternakan telah lama diusahakan di negara ini, sektor ini masih tidak mampu memenuhi permintaan hasil penternakan untuk penduduk tempatan. Justeru negara terpaksa mengimport sejumlah besar hasil tersebut pada setiap tahun. Sebagai pengerusi sebuah persatuan pengguna, anda bercadang menghantar satu memorandum berkaitan dengan hal di atas kepada Menteri Pertanian. Dalam memorandum itu, anda menyatakan kekesalan terhadap masalah yang dihadapi dan menyarankan langkah-langkah untuk mengatasi keadaan tersebut. Sediakan memorandum tersebut.  (2001:A3)
  • Sungguhpun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara ini, penggunaan bahasa Melayu di sektor swasta masih pada tahap minimum. Sebagai Ketua sebuah persatuan bahasa Melayu, anda bercadang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan melihat keadaan ini berlaku dan menekankan bahawa beberapa langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mengatasi keadaan yang tersebut. Tuliskan memorandum tersebut dengan selengkapnya.  (1999:A5)



LAPORAN
  • Gejala perlumbaan motosikal secara haram kini makin berleluasa. Sebagai pegawai di Jabatan Keselamatan Jalan Raya, anda diminta untuk menyediakan satu laporan lengkap tentang kesan negatif gejala tersebut dan mengemukakan langkah untuk mengatasinya.  (2012:A4)
  • Sebagai setiausaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda diminta menyediakan laporan tentang kelemahan tentang sistem pengangkutan awam di negara ini dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu.  (2003:A4)
  • Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Menangani Masalah Kekurangan Bekalan Air Negeri, anda diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca kekurangan bekalan air dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Sediakan laporan itu.  (2002:A4)


CERAMAH
  • Kerajaan telah melaksanakan Inisiatif Jalur Lebar Negara untuk meningkatkan teknologi maklumat dan komunikasi di negara ini. Sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar institusi pengajian tinggi tentang kebaikan penggunaan jalur lebar kepada masyarakat dan negara. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.     (2011:A4)
  • Sebagai pegawai di Kementerian Pelancongan, anda diminta untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan bakal pengusaha bidang pelancongan tentang faktor yang menarik pelancong asing untuk melawat ke Malaysia. Dalam ceramah tersebut nyatakan juga kepentingan industri pelancongan kepada masyarakat dan negara. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. (2010:A4)
  • Kempen kitar semula yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak Disember 2000 kurang mendapat sambutan daripada anggota masyarakat. Sebagai pegawai kementerian yang terlibat dalam kempen ini, anda telah dijemput menyampaikan ceramah kepada pelajar sekolah tentang kebaikan aktiviti kitar semula kepada masyarakat dan negara. Tulis teks ceramah itu selengkapnya. (2009:A1)



UCAPAN

  • Sebagai seorang pegawai kanan di Kementerian Pendidikan, anda diminta memberikan ucapan dalam suatu majlis perasmian Hari Sains di sebuah Sekolah Menengah Sains yang terkemuka di negara ini. Ucapan itu hendaklah menentukan cara memupuk budaya sains dan teknologi di kalangan pelajar. Sediakan teks ucapan tersebut.  (2004:A4)
  • Anda sebagai pegawai kanan di Kementerian Belia dan Sukan diminta memberi ucapan dalam satu upacara perasmian kejohanan sukan peringkat negeri. Fokus ucapan anda adalah terhadap fungsi sukan dalam pembangunan negara. Sediakan teks ucapan tersebut.  (2000:A3)




1 ulasan:

Unknown berkata...

mcm mna nak tengok jwapan?

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.