TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

STPM PENGGAL 1 BERLALU

PEPERIKSAAN Penggal 1 STPM Baharu 2013 sudah berlangsung pada 5 hingga 8 November 2012 lalu. Peperiksaan ini membuka ruang pengalaman dan tanggungjawab baharu kepada warga STPM di sekolah. Keperluan dan tuntutan tugas guru dan pelajar STPM berbeza daripada STPM sistem lama.
Guru Tingkatan 6 yang sudah biasa dengan sistem lama, bertungkus-lumus untuk menyesuaikan diri dengan keperluan sistem baharu ini. Sebelum ini guru STPM berhempas pulas untuk memastikan pelajar Tingkatan 6 Atas dapat memguasai pelajaran dan menjawab soalan dengan cemerlang. Namun, dengan pengenalan sistem baharu ini, guru STPM bertambah beban kerana terpaksa turut berhempas pulas untuk memastikan perkara yang sama diperoleh pelajar Tingkatan 6 Bawah. Hal ini bermakna bahawa guru STPM memikul dua beban serentak.  

Bagi pelajar sistem baharu pula, mereka tidak boleh "menangguhkan keperluan belajar untuk seketika" kerana mereka akan dinilai dalam peperiksaan besar pada setiap hujung penggal. Beban ini tidak dialami oleh abang atau kakak mereka yang mengikuti sistem sebelum mereka. Namun demikian, ketika mereka yang baru memulakan pengajian pada bulan Mei 2012 sudah pun mula berbulan madu sebaik sahaja memulakan cuti akhir tahun, senior mereka yang belajar di tingkatan enam setahun lebih awal (mulai bulan Mei 2011) itu masih bergelut dengan debaran menunggu peperiksaan yang bermula pada 19 November 2012 nanti.

Sebagai sesuatu yang baharu, sudah tentu wujud kekurangan tertentu. Dalam menjalankan tanggungjawab baharu ini, banyak rungutan dan pendapat dilontarkan oleh guru. Sesetengah mata pelajaran mungkin mengalami perubahan yang mendadak, berlaku pertambahan tajuk, ruang lingkup sukatan yang semakin diluaskan tetapi soalan yang diajukan terhad, serta masa menjawab soalan yang pendek dan mungkin tidak memadai dengan corak soalan. Kita dapati juga ada mata pelajaran yang langsung tidak memberikan peluang kepada calon untuk memilih soalan.

Kita tidak mahu kecacatan tertentu menjejaskan peluang pelajar untuk memperoleh keputusan yang baik. Kesempatan diberikan kepada pelajar untuk mengulang kertas yang dianggap tidak memuaskan hati dari segi keputusan boleh dianggap baik. Namun, waktu mengulang kertas tersebut yang diadakan selepas semua penggal berlangsung dianggap tidak masuk akal. Kemungkinan besar dalam peperiksaan ulangan itu keputusan pelajar semakin merosot kerana mereka telah terlupa tentang isi pelajaran yang diabaikan selama setahun.

Oleh itu, melalui Peperiksaan Penggal 1 ini, pihak berkenaan harus bertindak dengan segera untuk menambah baik semua aspek pembelajaran dan pengujian STPM. Hal ini sangat perlu dilakukan agar sistem pendidikan dan penilaian prauniversiti kita benar-benar dapat melahirkan pelajar yang berkualiti untuk mengikuti pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.