TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

"TEPUK DADA TANYA SELERA" - Versi 2

PERIBAHASA tepuk dada tanya selera bermaksud "berfikir dahulu sebelum membuat keputusan". Maksudnya, untuk melakukan sesuatu, kita perlu membuat pertimbangan yang teliti. Kita berbuat demikian agar keputusan yang dibuat itu tepat, dan jika tidak dapat mencapai sesuatu yang kita ingini pun, kita tidaklah menyesal kerana telah berfikir panjang.

Sungguhpun begitu, terdapat segelintir pihak yang cuba mengubah ungkapan itu, misalnya menjadi tepuk dada tanya iman. Tujuan perubahan itu dibuat agar orang yang berpegang kepada ajaran agama, akan melaksanakan kepercayaan kepada iman.

Percubaan untuk mengubah ungkapan dalam peribahasa tersebut perlu dipertimbangkan semula. Makna yang hendak disampaikan oleh peribahasa itu melalui perkataan selera sebenarnya meliputi aspek yang luas,  malahan perkataan selera itu juga mempunyai hubungan makna dengan perkataan iman.

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008:308), iman membawa dua maksud, iaitu: (1) pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya; (2) pegangan teguh di hati untuk menjauhkan diri daripada sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:568) pula memberikan maksud-maksud yang berikut: (1) keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan; (2) ketetapan hati, kekuatan batin.  

Perkataan selera pula, mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008:715-716), membawa dua makna, iaitu: (1) kemahuan atau keinginan hendak makan; nafsu makan; (2) apa-apa yang disukai orang. 

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1424), memberikan tiga maksud selera, iaitu: (1) keinginan untuk makan, nafsu makan, (2) kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa, (3) nafsu, keinginan.

Jelaslah bahawa perkataan selera yang digunakan dalam peribahasa tersebut tidak semata-mata membawa makna makan, tetapi lebih kepada maksud pilihan yang berdasarkan keinginan, yang termasuk dalamnya tentang makan, kesukaan, cita rasa, dan seumpamanya lagi. Jika hendak dikaitkan dengan iman,  maka buatlah pilihan dan keinginan berdasarkan ketetapan hati dan kekuatan batin berdasarkan pegangan teguh kepada ajaran agama dalam konteks berkenaan.

Dengan hal yang demikian, penggunaan kata selera dalam peribahasa tepuk dada tanya selera tiada kelemahannya, kerana boleh diaplikasikan mengikut keyakinan masing-masing.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.