TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

KENALI - Kertas BM

SEMASA Sijil Tinggi Persekolahan (STP), kertas Bahasa Melayu dikenali dengan nama Bahasa Malaysia melibatkan penilaian tentang penulisan karangan dan ringkasan, penterjemahan kepada bahasa Melayu, dan kajian tentang kesusasteraan Melayu.

Apabila Majlis Peperiksaan Malaysia mengambil alih pengurusan peperiksaan ini, yang dikenali pula sebagai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mulai 1982, mata pelajaran ini tidak melibatkan topik kesusasteraan Melayu lagi. Namun begitu, sehingga akhir tahun 1980-an, mata pelajaran ini masih dikenali sebagai Bahasa Malayisa. Namanya ditukarkan kepada Bahasa Melayu mulai awal 1990-an, tetapi dikembalikan kepada nama Bahasa Malaysia semula pada tahun 2007 hingga 2012.

Melalui sistem terminal sehingga tahun 2012, mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dibahagikan kepada dua kertas, iaitu Kertas 1 (910/1) yang berbentuk objektif dan Kertas 2 (910/2) yang berbentuk penulisan.

Mulai pengambilan sesi 2012, yang merupakan perintis  sistem modular, mata pelajaran Bahasa Malaysia kembali dikenali sebagai Bahasa Melayu. Mulai sistem baharu ini, kedua-dua bentuk soalan sebelum ini digabungkan. Lima kertas diwujudkan, iaitu Kertas 1 (910/1) bagi Penggal Pertama, Kertas 2 (910/2) dan Kertas 4 (910/4) bagi Penggal Kedua, dan Kertas 3 (910/3) dan Kertas 5 (910/5) bagi Penggal Ketiga. Kertas 5 (910/5) ialah kertas baharu, iaitu Projek Kajian Ilmiah, yang memerlukan calon membuat kajian tertentu berasaskan tema yang ditentukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.