TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

PERJUANGAN BAKAL BERMULA

CUTI pertengahan tahun sudah pun hampir ke penghujung. Hal ini bermakna bahawa perjuangan untuk penggal seterusnya bakal bermula. Pelajar Pra-U Bawah akan menghadapi pelajaran Penggal 1, dan pelajar Pra-U Atas akan mengharungi cabaran Penggal 3.

Bagi Bahasa Melayu, pelajar Pra-U Bawah akan belajar tentang esei tidak berformat yang meliputi enam bidang, selain sejarah perkembangan bahasa Melayu, dan fonologi bahasa Melayu. Satu lagi aspek ialah pembacaan kritis dan analitis. Anda akan menghadapi peperiksaan pada hujung penggal meliputi semua aspek.

Pelajar Pra-U Atas pula akan mempelajari topik wacana, retorik, variasi bahasa, laras bahasa, semantik, dan pragmatik. Aspek pragmatik adalah tentang peribahasa, ragam bahasa, dan kesantunan berbahasa. Selain itu, pada penggal ini anda perlu membuat kajian ilmiah bahasa Melayu, dengan menulis esei sepanjang 2000 hingga 2500 patah perkataan, dan membuat pembentangan. Untuk kajian ilmiah ini, tema yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ialah variasi bahasa dan morfologi. Anda perlu mencari dan mencadangkan tajuk yang sesuai dengan tema tersebut secara berkumpulan.

Ketahuilah bahawa pengajian dalam sistem modular ini sangat mencabar kepada pelajar. Namun demikian, pelajarannya tidak sukar sekiranya anda belajar dengan baik, tidak membuang masa, selalu berbincang dengan guru dan rakan, dan mematuhi peruntukan massa yang ditentukan.

Selamat belajar.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.