TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SAMBIL LEWA?

SUDAH biasa bagi kita apabila hendak menyatakan hal yang bermaksud "tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu", kita akan menggunakan perkataan sambil lewa. Bentuk kata itu sudah digunakan semenjak lama dahulu.
Namun begitu, carian dalam tiga edisi Kamus Dewan mendapati tidak terdapat perkataan sambil lewa sebagai kata masukan (entri). Sebaliknya, perkataan itu didapati dicatat di dalam Kamus Dewan (1986: halaman 1017), Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997: halaman 1179), dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: halaman 1378) semata-mata sebagai makna bagi satu perkataan lain, sambalewa. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1989: halaman 587)) juga menggunakan perkataan sambalewa, malahan tidak langsung mencatat perkataan sambil lewa.

Tidak dapat dipastikan faktor yang menyebabkan wujudnya perkataan sambil lewa. Keempat-empat buah kamus itu juga tidak mencatatkan etimologi (asal) perkataan sambalewa.

Walau bagaimanapun, berdasarkan entri dalam keempat-empat kamus tersebut, perkataan yang wajar dipopularkan penggunaannya ialah sambalewa.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.