TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SOALAN BM PENGGAL 1 MAMPU DIJAWAB DENGAN BAIK

CALON kertas Bahasa Melayu (910) STPM Sistem Baharu telah menjawab soalan Kertas 1 (910/1) pada 7 November 2012 lalu. Kertas ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan aneka pilihan, Bahagian B mengemukakan satu petikan dengan diikuti tiga soalan yang wajib dijawab kesemuanya, dan Bahagian C pula terdiri daripada tiga soalan karangan yang memerlukan calon memilih satu soalan sahaja. Pelajar perlu menjawab soalan-soalan tersebut dalam tempoh dua jam.

Soalan aneka pilihan pada Bahagian A (Soalan 1 hingga 20) tentang tajuk "Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu", dan "Fonologi Bahasa Melayu" juga sederhana tahapnya. Soalan 1 hingga Soalan 8 (8 soalan) menguji calon tentang sejarah bahasa Melayu yang meliputi semua subtajuk, iaitu susur galur (1 soalan), bahasa Melayu kuno (1 soalan), bahasa Melayu klasik (1 soalan), ejaan Jawi (1 soalan), bahasa Melayu moden (3 soalan), dan unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu (1 soalan). Soalan 9 hingga soalan 20 (12 soalan) pula menilai pengetahuan dan pemahaman calon tentang fonologi, yang meliputi subtajuk subtajuk tentang vokal (Soalan 9, 11, 12, 14, dan 19), konsonan (Soalan 10, 15, 16, dan 18), dan diftong (Soalan 13, dan 17). Satu lagi soalan (Soalan 20) diuji tentang pola suku kata bahasa Melayu.

Soalan 1 boleh dianggap soalan lazim, tetapi pilihan jawapan yang diberikan mungkin di luar jangkauan pelajar. Rasanya tidak ramai pelajar yang dapat menghafaz nama bahasa mengikut kelompok dan golongan serta pecahannya dengan baik. Oleh sebab nama bahasa yang diberikan kurang popular dalam kalangan pelajar, soalan ini mungkin memberi masalah besar kepada calon. Soalan 8 juga memerlukan pelajar menghafaz perkataan mengikut bahasa sumber pinjaman. Kemungkinan besar juga banyak pelajar tidak memberikan tumpuan untuk unsur pinjaman ini. Walaupun begitu, bagi pelajar yang cerdas, mereka mungkin dapat membuat agakan yang bijak yang memungkinkan mereka dapat memilih jawapan yang tepat.

Masalah besar wujud pada Soalan 5 dari segi pilihan jawaban. Tiada pilihan jawaban yang tepat untuk soalan ini. Jawaban A dan D jelas bukan pilihan. Oleh itu, berkemungkinan besar penggubal soalan mahu menyasarkan sama ada B atau C sebagai pilihan jawaban,  kerana mempunyai dua padanan yang tepat. Yang paling jelas nampak seperti betul ialah pilihan B, berdasarkan keadaan hanya padanan III dan IV tidak tepat kerana tertukar padanan antara kedua-duanya. Difahamkan bahawa pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak menyertakan pembetulan untuk soalan ini.

Soalan tentang Pembacaan Kritis dan Analitis dalam Bahagian B mengemukakan tema tentang pelaburan tempatan. Soalan 21 tentang aspek yang perlu diberikan perhatian untuk meningkatkan sumbangan pelabur tempatan memerlukan calon membuat kesimpulan mudah, tetapi jawapannya dapat dicari dalam perenggan kedua, ketiga, dan keempat. Soalan 22 tentang harapan penulis mungkin dapat dijawab dengan baik oleh calon yang juga terdapat dalam ketiga-tiga perenggan tadi. Hanya soalan 23 yang memerlukan calon membuat huraian secara kritis dan analitis dalam lingkungan 150 patah perkataan.

Bahagian C memerlukan calon memilih satu tajuk esei yang dapat dikuasai dengan baik dari segi isi. Ketiga-tiga soalan memgemukakan isu yang biasa dan sering timbul dalam perbincangan masyarakat. Soalan 24 tentang langkah untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa, manakala Soalan 25 mengenai kepentingan hutan kepada hidupan. Soalan 26 tentang kemalangan di tempat kerja yang dikatakan berpunca daripada kecuaian majikan mungkin di luar pengalaman kebanyakan calon.

Pada keseluruhannya, semua soalan tidaklah terlalu rumit, dan persoalan dikemukakan jelas. Oleh itu, kemungkinan pelajar membuat tafsiran yang silap untuk menulis jawaban adalah rendah.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.