TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BAHASA MELAYU DI UNIVERSITI DUNIA

TIMBALAN Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berkata bahawa lebih daripada 100 buah universiti di dunia mengajarkan kursus bahasa Melayu, iaitu di Eropah, Australia, New Zealand, Amerika Utara, dan negara-negara di Asia. 

Oleh itu, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berharap rakyat Malaysia perlu berbangga untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Masyarakat perlu berbahasa Melayu dalam urusan seharian, termasuk untuk berbual, bermesyuarat dan dalam persidangan.

Menteri Pelajaran yang mengungkapkan demikian ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2012 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 10 Oktober 2012, turut menegaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu "rojak" yang berleluasa sekarang dapat mengakibatkan terhakisnya kekuatan bahasa kebangsaan secara beransur-ansur. Menurutnya, hal itu semakin buruk apabila pengguna sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial tidak menggunakan ejaan dan sebutan yang betul.

"Kemampuan dan keberkesanan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa sudah lama terbukti, terutama di IPT, malahan kerajaan menubuhkan empat Kursi Pengajian Melayu di Leiden, Belanda; Wellington, New Zealand; Beijing, China; dan Seoul, Korea Selatan, untuk mengangkat martabat bahasa kebangsaan," katanya, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, Khamis, 11 Oktober 2012, halaman 4.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.