TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN DAN SUDI MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN.

00000
TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR PENGGAL 1, PENGGAL 3, DAN ULANGAN PENGGAL 1 DAN PENGGAL 2 KERANA MENGGUNAKAN LAMAN INI. SEMOGA TELAH BERMANFAAT KEPADA ANDA. LAWATILAH LAGI. SELAMAT BERCUTI DAN BEREHAT SEKETIKA.

PENGGAL 2 AKAN BERMULA AWAL JANUARI 2015...

banner

2012 : PEMULA DAN PENGAKHIR

SISTEM penaksiran bagi peperiksaan STPM pada akhir tahun 2012 ini akan menjadi yang terakhir dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sepenuhnya.

Mulai pengambilan Tingkatan 6 Bawah 2012 ini, transformasi untuk pendidikan Tingkatan 6 bermula apabila sistem penilaian tidak lagi dikendalikan seratus peratus oleh MPM, sebaliknya sebahagiannya dikendalikan mengikut sistem "penaksiran berasaskan sekolah".

Mengikut sistem modular ini, sukatan pelajaran semua mata pelajaran mengalami pengubahsuaian tertentu. Sistem pembelajaran dibahagikan kepada tiga penggal, dengan setiap penggal diadakan penilaian atau peperiksaan berasaskan sekolah dan berpusat. Perubahan ketara yang diperkenalkan ialah pelajar perlu menyelesaikan kerja kursus atau latihan ilmiah bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, pelajar perlu menduduki empat kertas penaksiran sepanjang tiga penggal pembelajaran. Sukatan pelajaran bagi Kertas 1 dalam sistem sekarang akan mengalami sedikit penambahan topik, dengan "ragam bahasa" yang pernah digugurkan dalam sukatan mulai tahun 2000 diwujudkan kembali, tetapi bahagian "pemahaman" aneka pilihan dimansuhkan. Sementara itu, bidang pembelajaran dalam Kertas 2 sekarang dikecilkan apabila bahagian "alih bentuk teks" ditiadakan.

Sistem baharu tersebut akan dilaksanakan seperti yang berikut:

Penggal I:
  1. Topik pembelajaran: (a) Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu; (b) Fonologi; (c) Pembacaan Kritis dan Analitis - pemahaman teks prosa; (d) Penulisan Esei Tidak Berformat.
  2. Pentaksiran/Penilaian: (Kertas 1) - (A) 20 soalan aneka pilihan tentang Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu, dan Fonologi; (B) Ujian kemahiran calon dari segi pembacaan kritis dan analisis berdasarkan satu petikan; (C) penulisan satu esei tidak berformat.
Penggal II:
  1. Topik pembelajaran: (a) Morfologi; (b) Sintaksis; (c) Analisis Kesalahan Bahasa; (d) Penulisan Esei Berformat (7 format).
  2. Pentaksiran/Penilaian: (Kertas 2) - (A) 30 soalan aneka pilihan tentang Morfologi dan Sintaksis; (B) Soalan berstruktur dan jawapan pendek tentang Morfologi, Sintaksis, dan Analis Kesalahan Bahasa. (Kertas 4) - Menulis Esei Berformat secara inidividu (Kerja Kursus).
Penggal III:
  1. Topik Pembelajaran: (a) Wacana; (b) Retorik; (c) Variasi Bahasa; (d) Laras Bahasa; (e) Semantik; (f) Pragmatik - Peribahasa dan Ragam Bahasa; (g) Kesantunan Berbahasa; (h) Penulisan Ilmiah (Kerja Kursus).
  2. Pentaksiran/Penilaian: (Kertas 3) - (A) 20 soalan aneka pilihan tentang Wacana, Retorik, Variasi Bahasa, Laras Bahasa, Semantik, Kesantunan Berbahasa, dan Pragmatik; (B) Soalan berstruktur dan jawapan pendek tentang semua aspek dalam (A). (Kertas 5) - Menulis Esei Ilmiah secara berkumpulan (2000 - 2500 patah perkataan).
Dengan penggunaan sistem baharu itu, sistem pembelajaran Tingkatan 6 mengikuti sistem pembelajaran semester yang diguna pakai di institusi pengajian tinggi. Satu kelebihan kepada pelajar ialah mereka tidak terbeban dengan sukatan pelajaran selama satu tahun setengah yang perlu dikumpulkan sehingga peperiksaan STPM sebenar pada akhir tahun. Walaupun begitu, sistem baharu ini menguji pelajar dari segi kreativiti dan kekuatan diri kerana perlu mengadakan kajian untuk menyelesaikan latihan ilmiah.

Para Jurulatih Utama (JU) sudah dilantik dan akan menjalani latihan pada akhir bulan Mac ini untuk membimbing Guru Akademik Tingkatan 6 melaksanakan sistem baharu ini.

Maklumat lanjut tentang mata pelajaran Bahasa Malaysia mengikut sistem modular ini boleh anda ikuti melalui pautan ini: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Berita tentang perubahan sistem ini dinyatakan juga oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin.

0 ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: imi6911683@yahoo.com, atau saimimsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.