TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

MENDEPANI KAJIAN ILMIAH

PEMBELAJARAN Penggal 1 bagi pelajar Pra-U Bawah dan Penggal 3 bagi Pra-U Atas sudah mengakhiri minggu keempat. Pelajar Pra-U Atas tentu sedang sibuk dengan dua cabaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pertama, mempelajari Sistem Bahasa Melayu untuk menjawab soalan aneka pilihan dan soalan struktur bagi Kertas 3 (910/3), dan yang kedua, menyiapkan Kajian Ilmiah untuk memenuhi keperluan Kertas 5 (910/5).

Bagi Kertas 910/3, cabarannya pada soalan struktur. Bahagian ini sangat menduga kebolehan pelajar kerana skop pelajaran yang terbuka. Pelajar perlu memahami semua konsep dan ciri bagi tajuk Wacana, Variasi Bahasa, Laras Bahasa, Retorik, Semantik, dan Pragmatik. Corak soalan yang bakal dijawab sukar untuk diduga.

Namun begitu, banyak pelajar yang teruja akan Kertas 910/5. Kajian ilmiah untuk mata pelajaran lain yang telah didepani pada Penggal 2 lalu tentu memberi kesan kepada pelajar. Pelajar harus belajar daripada kekurangan dan kelebihan semasa menyelesaikan kajian tersebut, untuk dijadikan panduan bagi penggal ini. Pada penggal ini pelajar bukan sahaja perlu menyelesaikan kajian ilmiah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi mata pelajaran lain juga. Kekangan waktu sewajarnya menguatkan semangat pelajar agar tidak berlengah-lengah untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tema Kajian Ilmiah Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ialah Morfologi dan Variasi Bahasa. Pelajar harus memilih satu daripada tema tersebut, dan mengenal pasti satu tajuk yang sesuai. Memilih tajuk perlu teliti. Tajuk yang dipilih seharusnya mempunyai data yang mencukupi untuk memenuhi keperluan kepentingan kajian dan objektif kajian. Kesilapan memilih tajuk akan merugikan waktu pelajar kerana mungkin terpaksa memilih tajuk lain, dan hal ini akan meningkatkan tekanan di dalam diri pelajar.

Banyak pelajar yang tidak pasti tema yang paling mudah untuk dijadikan kajian. Sebenarnya, kedua-dua tema itu mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Kelihatannya lebih mudah sekiranya pelajar melaksanakan kajian teks dan kajian kepustakaan. Dalam hal ini, pelajar hanya perlu menggunakan bahan bacaan bercetak, seperti buku, risalah, majalah, rencana, atau bahan daripada internet. Misalnya, "Penggunaan Kata Tugas dalam Majalah...", atau "Ciri Bahasa Istana dalam Teks Klasik...", dan sebagainya.

Bagi pelajar yang suka akan cabaran, memang bagus jika melaksanakan kerja lapangan. Pelajar mungkin boleh membuat kajian tentang bahasa slanga dalam kalangan pelajar pusat pengajian tinggi yang berhampiran, atau mengkaji dialek di kawasan atau di daerah masing-masing.

Tidak mengira apa-apa sahaja tajuk yang dipilih, hal yang perlu diberikan perhatian utama ialah dapatan. Bahagian ini memperuntukkan markah yang besar, iaitu 20 markah daripada 55 markah bahagian penulisan ini. Selain itu, pelajar perlu mematuhi format penulisan kajian ilmiah seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu. Pelajar perlu memiliki manual ini untuk memudahkan pelaksanaan penulisan. Pelajar perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan kajian dan penulisan yang baik. Wajaran untuk bahagian penulisan ialah 60%.

Selepasa penulisan selesai, pelajar akan diuji menerusi sesi pembentangan. Markah pembentangan dinilai secara individu. Pembentangan sebaik-baiknya menggunakan alat bantu yang kreatif dan berkesan. Pelajar juga perlu bersedia menjawab soalan yang akan dikemukakan oleh guru dan rakan lain yang mengikuti pembentangan. Markah bagi bahagian ini ialah 45 markah, dengan wajarannya 40%.

Pelajar perlu sentiasa mendapatkan bimbingan daripada guru. Setiap perbincangan dengan guru perlu dicatatkan dalam Rekod Kerja Kursus Calon. 

Kajian ilmiah memang mencabar. Namun begitu, sekiranya langkah dan kaedah dilaksanakan dengan betul, aktiviti ini akan menjadi sangat menarik dan memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar.


Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.