TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SEBUAH CINTA...

SAMBUTAN Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-57 tahun ini mendukung tema "Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Ungkapan yang dipetik daripada lagu gubahan dan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad itu sangat indah dan puitis didengar. Dari segi ketepatannya dengan suasana sekarang, ketika negara Malaysia diuji dengan pelbagai segi cabaran, memang sesuai sekali tema itu dipilih.
Namun demikian, kemungkinan besar tidak ramai yang menyedari bahawa tema itu mempunyai unsur bahasa yang tidak tepat. Penggunaan penjodoh bilangan sebuah dengan kata abstrak cinta, tidak sesuai. Sebagai hal yang abstrak, perkataan cinta tidak mempunyai bentuk fizikal. Dengan hal yang demikian, tidak sesuai untuk dipadankan dengan apa-apa penjodoh bilangan, termasuk buah. Penjodoh buah digunakan untuk benda-benda yang keras dan besar, seperti rumah, kereta, bangunan, meja, mesin, negara, ruang bilik dan sebagainya. Kita dapati penjodoh bilangan buah juga tidak digunakan untuk kayu, jalan raya, gelas dan seumpamanya, walaupun kesemua itu bersifat keras dan ada yang besar.

Oleh itu, tema itu lebih sesuai berbunyi, "Malaysia... Di Sini Lahirnya Cinta". Jika hendak digunakan kata bilangan satu, tidak menjadi kesalahan, tetapi sebutannya tidak puitis atau janggal.

Ungkapan tersebut tidak menjadi kesalahan dalam bidang kreatif seperti kesusasteraan dan lagu kerana bidang-bidang itu mempunyai ciri manipulasi bahasa untuk mewujudkan keindahan. Bentuk yang sedemikian tidak sesuai dengan peristiwa sambutan ulang tahun kemerdekaan kerana acara itu merupakan acara rasmi yang harus menggunakan bahasa kebangsaan yang baku.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.