TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SEMESTER 2 - Esei Berformat : Pengenalan

BAHAGIAN ini menugaskan pelajar untuk menghasilkan esei berformat secara individu yang perlu diuji pada waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pelajar perlu menyelesaikan lapan esei satu demi satu dengan satu esei bagi setiap format. Penilaian dibuat selepas sesuatu format telah diajarkan dengan jelas dan difahami cara penulisannya dengan baik oleh pelajar.  

Tajuk esei disediakan oleh guru. Pelajar perlu menulis semua esei dalam lingkungan 600 hingga 650 patah perkataan, kecuali bagi surat kiriman tidak rasmi mestilah tidak kurang daripada 250 patah perkataan. Penilaian dilakukan oleh guru mengikut sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan peruntukan 25 markah bagi setiap esei. Markah purata daripada kesemua esei akan direkodkan dalam sistem pemarkahan MPM secara dalam talian.

Bentuk format:

Calon perlu mengetahui, memahami, dan dapat menulis lapan format esei:
  • Laporan
  • Syarahan
  • Ceramah
  • Teks Ucapan
  • Memorandum
  • Minit Mesyuarat
  • Kertas Cadangan
  • Surat Kiriman Rasmi

Tujuan:
Melalui penilaian ini, calon seharusnya dapat:
  • Menulis esei secara individu mengikut format yang dikehendaki
  • Mengembangkan isi secara tersusun, padat dan meyakinkan supaya terhasil sebuah wacana yang utuh
  • Menghasilkan esei yang isinya menepati tajuk dengan menggunakan bahasa yang lancar dan berkesan

Tatacara Penilaian:

Penulisan esei berformat dinilai berdasarkan aspek yang berikut:

1.  Kerelevanan (R) - 14 markah
  • Pendahuluan - 2 markah
  • Isi (5 isi) - 10 markah
  • Penutup - 2 markah
2.  Pengolahan (P) - 5 markah
  • Kesepaduan esei - Jalinan dari segi: isi dengan huraian, isi dengan isi, perenggan dengan perenggan, dan ayat dengan ayat
  • Binaan karangan - Mempunyai pendahuluan, isi, dan kesimpulan
3.  Bahasa (B) - 6 markah
  • Diksi - Kata umum, istilah, dan peribahasa
  • Tatabahasa - Sintaksis, dan morfologi
  • Aspek mekanis - Ejaan, dan tanda baca

Peringatan:


Pelajar perlu mengelakkan diri daripada meniru atau mencedok esei orang lain ayat demi ayat, sama ada daripada buku, majalah, surat siaran, atau bahan internet. Yang dibolehkan hanyalah meminjam isi atau faktanya. Hal ini termasuklah ayat daripada contoh esei yang dikeluarkan oleh MPM dalam manualnya melalui portal.

Sekiranya perbuatan itu dapat dikesan, pelajar perlu menulis esei itu kembali. Jika tidak, calon berkenaan dikira tidak menyiapkan esei berkenaan. Kekurangan satu esei sahaja boleh menyebabkan calon mengalami kegagalan bagi PBS.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.