TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI/RAKAN PRAUNIVERSITI - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PENGGAL 2
-

OKTOBER - BULAN BAHASA KEBANGSAAN

MOHON DIMAKLUMKAN SEBARANG KESILAPAN DALAM BUKU BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2

BUKU Bahasa Melayu STPM Penggal 2 yang saya tulis baru siap dicetak. Saya sendiri baru beberapa hari menerima naskhah percumanya. Walau bagaimanapun, editor penerbitan buku itu menjelaskan bahawa buku tersebut sudah diedarkan ke kedai-kedai buku, termasuk di Sabah dan di Sarawak.

Setiap hasil penulisan tidak terlepas daripada kesilapan tertentu. Oleh itu, saya sangat bimbang akan kewujudan kesilapan yang tidak saya sedari dan perlu saya betulkan supaya tidak mengelirukan pembaca, atau dikatakan "ilmu sesat". Dengan hal yang demikian, sekiranya pembaca mengesan kekeliruan, kesalahan, kesilapan dan sebagainya yang perlu dibetulkan, saya berharap dapatlah dimaklumkan kepada saya melalui ruangan Pendapat (Klik perkataan tersebut). Sila nyatakan halamannya untuk memudahkan saya membuat semakan. Saya akan membuat entri khas untuk pembetulan itu dari semasa ke semasa.

Umpamanya, pada halaman 4, di bawah subtajuk "Jumlah morfem dalam perkataan", contoh perkataan berdasarkan pada lajur pertama petak keempat tidak tepat dengan jumlah yang dinyatakan. Oleh itu, sila tukarkan perkataan tersebut kepada bertemankan, dan perkataan dasar pada lajur di sebelah kanannya digantikan dengan teman.

Kerjasama daripada anda amat saya hargai. 

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.