TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BAHASA?

APABILA berbicara tentang bahasa, timbul tanggapan kononnya bahasa-bahasa di dunia ini mempunyai perbezaaan kualiti. Mengikut tanggapan ini, ada bahasa yang bermutu, dan ada bahasa yang kurang bermutu. Bahasa yang bermutu dikatakan bahasa yang diterima atau digunakan dengan meluasnya. Sebaliknya, bahasa yang kurang bermutu dianggap terdiri daripada bahasa yang kurang mendapat perhatian. Dengan hal yang demikianlah maka banyak pihak yang memandang tinggi kepada bahasa Inggeris, kerana bahasa itu telah dianggap sebagai bahasa antarabangsa yang tinggi nilainya, oleh sebab bahasa itu dapat mengungkapkan pelbagai laras.


Berdasarkan etika kajian tentang bahasa, pengkaji tidak boleh membuat pernyataan bahawa suatu bahasa itu lebih baik atau sebaliknya dengan bahasa lain. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa bukan sahaja ciri budaya bagi sesuatu masyarakat, tetapi juga suatu sains yang sangat rapat dengan tingkah laku masyarakat itu.

Oleh itu, lebih adil bagi kita untuk mengatakan bahawa setiap bahasa mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bahasa berfungsi untuk mengungkapkan makna mengikut keperluan masyarakat masing-masing. Contohnya, dalam bahasa Melayu, perkataan “abang” atau “kakak” dan “adik” dengan jelas menunjukkan perbezaan usia. Namun demikian, dalam bahasa Inggeris, “brother” dan “sister” tidak dapat menjelaskan perbezaan itu, yang menyebabkan bahasa Inggeris menggunakan kata penerang “younger” dan “elder”. Sebaliknya, perkataan “ayam” dalam bahasa Melayu tidak dapat menjelaskan jantina binatang itu, yang menyebabkan wujudnya “jantan” dan “betina”, sedangkan dalam bahasa Inggeris, kejantinaan “ayam” sangat jelas dengan penggunaan “hen” (ayam betina), “cock” atau “rooster” (ayam jantan).

Perbezaan tersebut tidak menunjukkan mutu bahasa Melayu lebih rendah berbanding dengan bahasa Inggeris, atau sebaliknya. Keadaan itu berkait dengan budaya dalam masyarakat yang mengamalkan bahasa berkenaan. Hal yang sedemikian bukan hal besar dalam penggunaan bahasa. Bahasa akan menjadi kuat, bermutu dan terkenal atau tersebar luas sekiranya pengguna dapat menggunakan bahasanya dengan berkesan. Pengguna sepatutnya berbahasa dengan betul, dan mengelakkan sebarang hal yang menyebabkan wujudnya kecelaruan bahasa.
.




Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.