TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

J. HUNTER FARRIS DENGAN BAHASA MELAYU

J. HUNTER FARRIS ialah Pengerusi Sudsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia. Beliau berasal dari Texas, Amerika Syarikat. Sudah tentu bahasa utamanya ialah bahasa Inggeris, kerana bahasa itu menjadi bahasa utama di negara berkenaan.


Namun begitu, di Malaysia, beliau kerap menggunakan bahasa Melayu. Yang terbaharu, seperti yang dilaporkan dalam Mingguan Malaysia keluaran 17 November 2013, orang Amerika ini bercakap bahasa Melayu sepenuhnya semasa memberikan ucapan dalam majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)-ExxonMobil 2012 di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. Ucapannya, menurut "Bisik-Bisik" Awang Selamat (Mingguan Malaysia, halaman 6), bersahaja dan disulami pantun pula. 

Siti Jarum melalui rencananya, "Saudara Hunter, terima kasih" (Mingguan Malaysia, halaman 9) berpendapat bahawa Hunter sepatutnya boleh sahaja berbahasa Inggeris kerana tiada tuntutan baginya untuk menggunakan bahasa Melayu. Beliau penutur bahasa Inggeris yang tidak terikat dengan keperluan berbahasa Melayu seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, dengan berbahasa Melayu, pegawai tinggi ExxonMobil itu ternyata berada pada taraf tersendiri dalam penggunaan bahasa Melayu.

Dermaga BM STPM senada dengan Siti Jarum dalam hal ini. Orang Melayu terlalu susah untuk berbahasa Melayu kerana berasa selesa berbahasa Inggeris. Mengenai slogan "Bahasa Jiwa Bangsa", Dermaga BM STPM menganggap bahawa wajar kalau ditukarkan kepada "Bahasa Melayu Jiwa Bangsa Melayu" supaya jelas bahawa bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris.

Tahniah, J. Hunter Farris, kerana berusaha untuk berbahasa Melayu. Terima kasih kepada anda kerana anda lebih memahami dan peka akan situasi keperluan berbahasa Melayu, walaupun anda penutur bahasa Inggeris.







Mingguan Malaysia, 17 November 2013

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.