TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

DBP WAJAR EDIT DOKUMEN RASMI KERAJAAN

TAHNIAH kepada Dr. Awang Sariyan atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mulai 1 Februari 2012 lalu. Beliau menggantikan Datuk Termuzi Abdul Aziz. Sebagai orang yang terlibat sepenuhnya dalam hal kebahasaan, pelantikannya sudah tentu dialu-alukan dan kena pada tempat dan ketikanya.

Sebaik-baik sahaja memegang jawatannya, Dr. Awang terus membuka langkah. Sudah lama dia menunggu saat untuk bertindak sewajarnya. Kedudukan bahasa Melayu boleh dianggap semakin terancam. Oleh itu, dia harus bertindak pantas agar tidak terlalu terlewat.

Mengikut laporan Berita Harian, 16 Februari 2012 (Khamis), DBP telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengaudit penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi kerajaan.

Dr. Awang Sariyan berpendapat bahawa DBP perlu mengenal pasti tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor awam. Hal ini wajar kerana didapati bahawa terdapat pegawai atasan dan penjawat awam tidak memahami atau terlepas pandang tentang Dasar Bahasa Kebangsaan.

Menurut Dr. Awang, sehingga kini beberapa buah kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan dalam dokumen rasmi pada tahap 80 hingga 90 peratus. Malang sekali bagi bahasa kebangsaan kerana terdapat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang tidak menggunakan bahasa itu dalam surat pekeliling dan laporan tahunan.

Kerajaan telah dapat meningkatkan pencapaian dalam pengurusan dan pentadbiran, termasuk hal kewangan, menerusi proses audit. Oleh itu, peningkatan penggunaan bahasa kebangsaan juga mungkin dapat dilakukan melalui proses yang sama.

Menurut peneraju baharu badan yang bertanggungjawab merancang perkembangan bahasa kebangsaan itu, DBP kini dalam peringkat akhir menyediakan garis panduan yang dapat digunakan dalam proses audit itu. Sekiranya berjalan lancar, garis panduan itu akan diserahkan kepada kerajaan pada bulan Jun ini.

Syabas, Dr. Awang. Usaha yang baik memang perlu dilakukan dengan segera. Imej bahasa kebangsaan yang sudah menjadi melukut di tepi gantang perlu dipulihkan dengan ubat yang mujarab. 

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.