TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SEPINTAS LALU TENTANG SOALAN BM KERTAS 1 (2011)

HARI ini, pukul 2.00 hingga 4.00 petang, berlangsung peperiksaan Bahasa Malaysia Kertas 1. Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak.
60 soalan yang diajukan kepada pelajar masih seperti format yang lepas, iaitu mengandungi enam bahagian soalan yang dipelajari bermula pada Mei 2010 hingga 17 November 2011 lalu.
 
Sepintas lalu, taburan soalannya adalah seperti yang berikut:

A. Pemahaman: Seperti selalu, soalan dalam bahagian ini terdiri daripada 3 petikan; kali ini dengan carta alir, esei, dan puisi, dan tetap dengan 10 soalan (Soalan 1-10). Kemungkinan besar lima soalan terakhir memberikan masalah kepada calon.

B. Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu: Kurang daripada sebelumnya; kali ini enam soalan sahaja (Soalan 11-16). Soalan dalam kelompok ini secara amnya mudah untuk dijawab oleh calon.

C. Dinamika: Seperti biasa, dengan tujuh soalan (Soalan 17-23). Ketiadaan soalan yang bercorak situasi atau petikan memberikan kelegaan kepada calon. Walaupun begitu, soalan 20 agak bersahaja dan masih dapat mengelirukan calon.

D. Fonologi: Kali ini bahagian ini mengemukakan 9 soalan (Soalan 24 - 32). Sekiranya ditambah dengan Soalan 40 tentang tanda sempang, yang sepatutnya berada dalam topik ini, semuanya 10 soalan. Soalan dalam bahagian ini sangat jelas dan mudah difahami calon.

E. Tatabahasa: Mengandungi 24 soalan - termasuk Soalan 40 - (Soalan 33 - 56), dengan 11 soalan morfologi dan 13 soalan sintaksis. Seperti tahun lepas, soalan tentang proses penerbitan ayat terabai lagi. Soalan dalam bahagian utama ini juga tidak mempunyai corak perangkap yang memudahkan calon memilih jawaban yang tepat.

F. Semantik: Mengemukakan empat soalan (Soalan 57-60), bertumpu tentang tajuk leksikal dan peribahasa. Soalan 60 dilihat mampu mengundang kesukaran bagi pelajar untuk menentukan peribahasa yang tepat. Demikian juga soalan 59, amat sukar untuk ditentukan golongan peribahasa yang tepat. Bidalan dan pepatah sukar dibezakan kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang hampir sama. Nasib baik juga soalan 58 tiada perangkap antara homonim dengan polisemi.

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa tahap kesukaran soalan adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, pelajar yang menguasai kertas ini mampu menjawab dengan amat baik, termasuk pelajar berpencapaian sederhana. Kemungkinan besar kebanyakan calon mampu untuk memperoleh gred yang baik.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.