.jpg)
PELAJAR Semester 2 sesi 2023 sudahpun menyelesaikan pengajian, dan kini sedang mengikuti Semester 3. Mereka akan menghadapi peperiksaan itu mulai 13 hingga 20 Mac 2024. Mengikut jadual Semester 3 yang telah dikeluarkan dalam Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia, mata pelajaran Bahasa Melayu dijadualkan akan diduduki pada 14 Mac 2024 (Khamis). Seperti biasa, saya menyediakan buku rujukan dan latihan untuk keperluan Semester 3. Buku "Nota & Latihan STPM Bahasa Melayu Semester 3" sudah ada dalam pasaran semenjak bulan Ogos lalu, dengan harga RM18.90 di Semenanjung dan RM19.90 di Sabah dan di Sarawak. Buku rujukan ini masih mengekalkan...