TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI/RAKAN PRAUNIVERSITI - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN
PEPERIKSAAN STPM BAHASA MELAYU PENGGAL 2 (910/2) 2018: 23 MEI 2018, 11:00 PAGI - 12:30 TENGAH HARI

SELAMAT BELAJAR

WARKAH KEPADA PELAJAR PRAUNIVERSITI BAWAH

SELAMAT datang kepada lepasan SPM 2012 yang layak dan yang sudi menjadi warga Tingkatan 6 Bawah di semua sekolah yang mempunyai kelas prauniversiti di seluruh Malaysia. Anda semua merupakan kumpulan kedua yang melaporkan diri untuk mengikuti sistem modular STPM.


Kedatangan anda ke dalam sistem ini bermakna anda sanggup untuk menghadapi cabaran. Sistem baharu ini berbeza daripada sistem yang sebelumnya. Tanyailah abang atau kakak anda yang berada dalam Penggal 2 dan akan menghadapi peperiksaan bertulis mulai 20 Mei nanti. Mereka tidak mempunyai masa untuk bersenang-senang. Sudah tiada konsep bulan madu seperti sistem sebelum ini. Setiap waktu perlu diisi dengan sewajarnya. Jika anda leka, anda akan menghadapi masalah.

Semasa minggu suai kenal yang diadakan, anda akan diberikan pendedahan tentang cara STPM sistem baharu ini dilaksanakan. Jika anda berasa bahawa anda sanggup untuk memikul cabarannya, sila teruskan untuk menyertai sistem ini. Sekiranya ada berasa babhawa anda tidak mampu, lebih baik membuat keputusan awal, dengan meninggalkannya, dan menyertai bidang lain yang memberi kebaikan untuk masa depan anda. Jika anda lambat membuat keputusan, anda akan membuang masa dalam sistem ini kerana hasilnya nanti akan mengecewakan anda.

Setiap pengggal, anda perlu mengumpul markah yang baik untuk memastikan anda memperoleh keputusan yang cemerlang pada hujung tahun 2014 nanti. Sebenarnya, sistem ini tidaklah rumit, tetapi menuntut kerajinan yang tidak sedikit, dan usaha yang melebihi usaha yang dilakukan oleh guru.

Sistem modular ini mahu memberi anda pengalaman seperti yang diikuti oleh pelajar di kolej atau universiti. Namun, cabaran anda di sekolah lebih besar, kerana anda perlu terlibat dalam banyak aktiviti sekolah. Dalam kata lain, anda seperti pelajar universiti, tetapi  mengikuti sistem sekolah yang ketat dengan pelbagai kegiatan. Oleh itu, kerja dan tanggungjawab anda melebihi beban yang dipikul oleh pelajar yang berada di kolej dan di universiti. Sekiranya anda mampu menangani beban semasa di tingkatatn enam dengan baik, anda akan cukup selesa di universiti nanti.

Mungkin sebahagian daripada anda hanya singgah di tingkatan enam. Anda mempunyai destinasi lain. Kalau bernasib baik, ada yang mendapat tawaran lain, lalu tingkatan enam ditinggalkan. Pihak sekolah tidak akan menyekat anda. Namun demikian, anda harus tekun semenjak awal singgah di tingkatan enam, dibimbangi anda tidak mendapat tempat lain.

Selamat belajar.

1 ulasan:

Wong Poh Kee berkata...

Setelah saya membaca ulasan ini..
Saya lebih 'yakin' untuk meneruskan pengajian saya di tingkatan 6..
Namun,saya akan mencuba sebaik mungkin untuk mencapai matlamat saya sebagai seorang pelajar yang 'berjaya' dalam bidang ini!!!!
Terima kasih semua.. [ :) ]

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.