TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

RAMADHAN, ATAU RAMADAN?

SELAMAT menjalankan ibadat (ibadah) puasa kepada semua Muslim dan Muslimah di mana-mana sahaja.

Istilah bagi bulan puasa ialah bulan Ramadan. Perkataan tersebut berasal daripada bahasa Arab. Perkataan itu digunakan secara lisan dan tulisan secara meluas, sama ada ketika ceramah dan tazkirah, atau dalam penulisan dalam akhbar, majalah, poster, kain rentang, tayangan pada skrin televisyen, iklan, malahan di mana-mana sahaja.

Malangnya, kebanyakan pihak yang menggunakan perkataan itu dalam penulisan, masih keliru akan ejaan yang tepat. Ejaan Ramadhan digunakan dengan meluas. Hal sedemikian terjadi kerana pengaruh sebutan bahasa Arab. Tidaklah salah sekiranya dibunyikan seperti sebutan asal, namun demikian, ejaan sedemikian tidak wujud dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang diguna pakai semenjak 16 Ogos 1972. Ejaan sedemikian tidak dianggap salah sebelum tarikh tersebut kerana peraturan baharu ejaan Rumi bahasa Melayu belum dimuktamadkan.

Padanan bunyi untuk ejaan bagi dh dalam bahasa Melayu ialah d. Penetapan ini dibuat dengan berdasarkan hakikat bahawa dalam bahasa Melayu tiada bunyi berkenaan. Dengan sebab tiada bunyi itu, maka huruf (lambang bagi bunyi dalam tulisan) juga tidak wujud. Oleh itu, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai bunyi dh hendaklah diejakan dengan d, seperti daif, darab, dif, fadilat, fardu, kadi, mudarabah, reda ("rela"), qada ("ganti"), qadar ("ketentuan"), dan seumpamanya. Sungguhpun ejaan ditetapkan begitu, penutur dibenarkan untuk menggunakan bunyi atau sebutan asal demi untuk menjaga ketepatan makna perkataan-perkataan tersebut.

Di sebalik kesalahan ejaan tersebut, tinjauan mendapati bahawa banyak pengguna bahasa yang menggunakan ejaan yang betul bagi perkataan Ramadan. Tahniah kepada semua yang berkenaan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ia sepatutnya ramadhan/ramdhan yang membawa maksud salah satu daripada bulan dalam kalendar islam manakala ramadan/ramdan membawa maksud tahi mata/kotoran mata. DBP sepatutnya meneliti balik perkataan pinjaman arab. Sekiranya dikataan ejaan bagi dh dalam bahaaa melayu ialah d, sepatutnya khamis juga perlu dieja sebagai kamis sebagaimana ejaan bagi kh dalam bahasa melayu adalah k di mana bahasa melayu tiada bunyi berkenaan

Unknown berkata...

Saya sokong ejaan RAMADHAN. Sebutan Bahasa Arab akan membawa erti yang sebenarnya jika disebut dengan betul.

Tanpa Nama berkata...

tahi mata kalau di tulis dlm bahasa melayu 'arramadu',
sy tak ada keypad arab, jadi nak tulis kat sini dlm arab susah sikit. tapi kotoran mata mcm tulah. 'arramadu'. kalau dlm arab, tanpa baris 'alif lam ra mim dhal', jadi akan salah faham kalau tak tahu baris perkataan tu. wallahualam.

Unknown berkata...

saya juga berpendapat sedemikian..ia juga mampu tergolong dlm kumpulan digraf

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.