TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BAHASA MELAYU MODEN - PERANANNYA

SEMENJAK berkembangnya bahasa Melayu klasik (abad ke-14 hingga abad ke-17), bahasa Melayu telah memainkan peranan yang sangat penting, iaitu bahasa perhubungan. Pada masa itu, setiap orang yang datang ke Nusantara, perlu mengetahui bahasa Melayu untuk berhubung dengan masyarakat Nusantara, sama ada dalam urusan perdagangan, keagamaan, atau hubungan sosial yang lain. Hal itu berlaku demikian kerana orang Melayu pada masa itu tidak menguasai atau memahami bahasa lain. Dengan hal yang sedemikian, bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perantaraan bagi dua budaya atau kaum yang berbeza.
Bahasa Melayu moden menjadi bahasa perhubungan yang teramat mustahak untuk sesama warganegara Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu untuk perhubungan adalah wajib dalam urusan rasmi demi mematuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh hal yang demikian, pegawai kerajaan di peringkat persekutuan, negeri, dan pihak berkuasa awam di peringkat daerah, sepatutnya menggunakan bahasa Melayu ketika berurusan secara rasmi.

Bahasa Melayu yang dimartabatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat universiti, menjadi bahasa ilmu. Mata pelajaran Sains dan Matematik, yang menggunakan banyak istilah daripada bahasa Inggeris, diajarkan dengan baik dalam bahasa Melayu. Banyak pengetahuan yang dikumpulkan oleh rakyat Malaysia yang membaca buku dan risalah dalam bahasa Melayu. Semenjak bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar, sudah ramai intelek Melayu yang dihasilkan. Walaupun mereka mendapat pendidikan dalam bahasa Melayu, mereka juga dapat berbahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Melayu dapat menjadi bahasa tinggi sekiranya diberi perhatian dan galakan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mendapat kerjasama yang baik daripada warganegara. Harapan untuk melihat bahasa kebangsaan ini menjadi bahasa antarabangsa juga mungkin tercapai sekiranya bahasa ini diberi kepercayaan yang lebih baik.


Bahasa Melayu berperanan penting untuk mewujudkan perpaduan. Oleh itu, bahasa Melayu ialah bahasa perpaduan. Semenjak merdeka, orang Cina, India, dan keturunan Portugis di Melaka, menggunakan bahasa Melayu untuk saling berhubung secara rasmi dan tidak rasmi. Dengan penggunaan satu bahasa, semua kaum lebih mesra kerana tidak timbul sebarang prasangka berkait dengan makna perkataan atau istilah yang digunakan. Demikian jua sesama orang Melayu, walaupun datang daripada pelbagai kawasan dialek, apabila bertemu, mereka akan berusaha untuk menggunakan bahasa baku. Penggunaan bahasa Melayu kebangsaan ini menjadikan mereka saling memahami maksud yang hendak disampaikan.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.