MAJLIS Peperiksaan Malaysia telah menetapkan bahawa tema kerja kursus atau kertas projek Bahasa Melayu bagi Penggal 3 2014 ialah Laras Bahasa, dan Fonetik dan Fonologi. Laras bahasa ialah satu tajuk dalam Penggal 3, manakala Fonetik dan Fonologi merupakan tajuk yang telah dipelajari semasa dalam Penggal 1.
Calon perlu memilih satu daripada dua tema yang ditetapkan, dan menyediakan satu tajuk yang berkaitan dengan tema tersebut. Calon perlu berhati-hati menentukan tajuk agar menepati ruang lingkup tema. Selain itu, pemilihan tajuk yang tidak tepat atau kurang berpotensi untuk dihuraikan, akan menyebabkan pelajar terpaksa menukar tajuk pada pertengahan waktu kajian, dan tentunya menyebabkan calon kerugian dari segi waktu.
Pilihlah tajuk yang mempunyai banyak isi dan dapat dihuraikan dengan baik, berdasarkan objektif yang ditentukan oleh calon sendiri. Calon perlu mengikuti format yang ditentukan semasa menulis kajian kerana setiap format mempunyai markah tersendiri.
Panjang penulisan esei hendaklah antara 2,000 hingga 2,500 patah perkataan. Pengiraan jumlah perkataan bermula daripada subtajuk Pengenalan hingga Penutup sahaja.
Kajian dilakukan dan ditulis secara berkumpulan. Selain itu, calon juga dinilai dari segi persembahan. Pembentangan dilaksanakan secara bersama-sama tetapi penilaiannya dilakukan secara individu di depan guru dan calon-calon lain. Dalam bahagian ini, calon perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru sebagai penilai dan khalayak yang mengikuti pembentangan tersebut.
Dapatkan penjelasan lain tentang format dan kaedah penulisan esei dan pembentangan daripada guru anda.
Dapatkan penjelasan lain tentang format dan kaedah penulisan esei dan pembentangan daripada guru anda.
7 ulasan:
salam cikgu saya nak mintak pendapat tajuk yang sesuai untuk pbs kali ini
Sdr,
Tajuk yang sesuai ialah tajuk yang relevan dengan tema yang diberikan, dapat dinyatakan objektifnya dengan jelas dan munasabah, serta dapat dihuraikan dapatannya dengan jelas juga.
Tema mana yang hendak anda tulis?
aslmkum ckgu.. kalau pilih tema fonetik fonologi, pilih satu (konsonan)atau ketiga2 penggolongan & penghasilan bunyi bahasa (vokal, konsonan, diftong)?
Sddr,
Jika cukup objektif dan datanya, boleh sahaja dibincangkan tentang satu daripadanya.
Contohnya, penghilangan konsonan dalam dialek Kelantan. Konsonan [m] tidak wujud di tengah kata, berganti dengan bunyi [e depan separuh luas] pada akhir kata, malahan [r] dan [l] akhir kata juga tidak diucapkan. Yang ini banyak data, dan boleh diwujudkan tiga objektif.
Assalamualaikum Cikgu.
Kalau saya pilih tajuk Kesalahan Bahasa dalam tajuk Fonetik dan Fonologi... Sesuaikah Cikgu??
Catat Ulasan