TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

PEMANTAPAN PEDAGOGI KEPADA GURU TINGKATAN 6

KEMENTERIAN Pendidikan sedang giat memberi kursus pemantapan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran kepada guru Tingkatan 6 di seluruh negara mulai bulan April hingga bulan Oktober 2014. Pemberian kursus bermula dengan guru-guru yang dilantik sebagai jurulatih utama bagi setiap negeri yang diberikan pendedahan dan latihan selama tiga hari dan dua malam mengikut zon.

Matlamat kursus yang disediakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ini untuk meningkatkan kompetensi guru Tingkatan 6 dalam urusan pembelajaran dan pengajaran (PdP) di bilik darjah. Melalui kursus tersebut diharapkan guru Tingkatan 6 memahami konsep pelaksanaan PdP berdasarkan perubahan konsep pentaksiran terkini, di samping memberi pendedahan tentang kemahiran kognitif, insaniah, dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Kursus tersebut juga menetapkan objektif  untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru Tingkatan 6, serta memahami transformasi pendidikan tingkatan enam sebagai satu daripada akses Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bagi mencapai transformasi pendidikan negara.

Setiap guru Tingkatan 6, termasuk guru Bahasa Melayu, akan mengikuti kursus tersebut selama dua hari tanpa bermalam atau 14 jam di daerah masing-masing yang dikendalikan oleh jurulatih utama setiap daerah. Mereka didedahkan dengan KBAT yang menekankan konsep program i-Think, iaitu penggunaan lapan jenis peta pemikiran dan empat aras penyoalan tertinggi, iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.