BUKU Bahasa Melayu STPM Penggal 2 yang saya tulis baru siap dicetak. Saya sendiri baru beberapa hari menerima naskhah percumanya. Walau bagaimanapun, editor penerbitan buku itu menjelaskan bahawa buku tersebut sudah diedarkan ke kedai-kedai buku, termasuk di Sabah dan di Sarawak.
Setiap hasil penulisan tidak terlepas daripada kesilapan tertentu. Oleh itu, saya sangat bimbang akan kewujudan kesilapan yang tidak saya sedari dan perlu saya betulkan supaya tidak mengelirukan pembaca, atau dikatakan "ilmu sesat". Dengan hal yang demikian, sekiranya pembaca mengesan kekeliruan, kesalahan, kesilapan dan sebagainya yang perlu dibetulkan, saya berharap dapatlah dimaklumkan kepada saya melalui ruangan Pendapat (Klik perkataan tersebut). Sila nyatakan halamannya untuk memudahkan saya membuat semakan. Saya akan membuat entri khas untuk pembetulan itu dari semasa ke semasa.
Umpamanya, pada halaman 4, di bawah subtajuk "Jumlah morfem dalam perkataan", contoh perkataan berdasarkan pada lajur pertama petak keempat tidak tepat dengan jumlah yang dinyatakan. Oleh itu, sila tukarkan perkataan tersebut kepada bertemankan, dan perkataan dasar pada lajur di sebelah kanannya digantikan dengan teman.
Kerjasama daripada anda amat saya hargai.
1 ulasan:
Assalm,cg dekat mana saya boleh dapatkan buku tersebut khususnya di kawasan terengganu. Terima kasih
Catat Ulasan