TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

AMARAN DARIPADA MPM TENTANG PENULISAN ESEI BERFORMAT

TENTUNYA pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sedang menjalani Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lapan esei berformat perlu diselesaikan mengikut waktunya. Mengikut syarat daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sekiranya calon tidak menghantar satu format, calon berkenaan akan memperoleh gred X.


MPM juga telah memberikan amaran tentang hal penciplakanGuru dan calon atau pelajar dilarang daripada terlibat dengan kes penciplakan. Ciplak atau jiplak, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ialah "...meniru atau mengutip karangan orang lain (tanpa izin daripada penulisnya), atau mencuri karangan orang lain". Oleh itu menciplak ialah meniru atau menyalin karya orang lain, walaupun beberapa ayat, dan digabungkan dalam esei berformat sendiri.  

Guru dilarang daripada menciplak soalan daripada mana-mana sumber. Oleh itu, guru mesti menyediakan soalan secara asli, tidak mengambilnya daripada buku rujukan atau lembaran kerja, atau mengambil soalan yang pernah disoal dalam peperiksaan STPM. Sekiranya hal ciplakan itu dapat dibuktikan, guru dikehendaki menyediakan soalan esei berformat semula, dan pelajar juga perlu menulis esei berkenaan semula.

Calon atau pelajar pula perlu bebas daripada mengambil ayat atau perenggan daripada penulisan orang lain daripada buku, majalah, risalah, internet, atau sumber lain. Calon atau pelajar boleh membuat rujukan, tetapi hanya boleh membawa isi-isi penting sahaja ke dalam bilik darjah untuk menduduki ujian. Hal ini bermakna bahawa calon atau pelajar tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan yang berupa esei penuh. Menggunakan ayat daripada manual contoh penulisan yang dikeluarkan oleh MPM juga dianggap sebagai menciplak. Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan untuk membuat rujukan tentang format penulisan setiap jenis esei berformat.

Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh MPM melalui "Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat Penggal 2 2014". Oleh itu, pelajar perlu membaca manual itu dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan yang menyebabkan penulisan esei dibatalkan.  


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan, saya ada sedikit kemusykilan..pelajar saya telah menulis esei berformat ceramah berkaitan dengan kepentingan sukan..hari ini saya baru ternampak soalan yang hampir sama terdapat dalam buku Lembaran Praktis BM STPM..adakah itu dikira ciplakan?? perlukah pelajar saya menulis esei dengan tajuk yang baru??? Terima kasih..

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Cikgu,
Kalau memang sama, memang dikira ciplak. Jika ada kelainan tertentu, seperti mana-mana bahagian soalannya berbeza, kemungkinan kebetulan.

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.