LAPORAN Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Mohd Muhyiddin bin Mohd Yasin September lalu turut menyentuh hal sistem pendidikan tingkatan enam dan STPM.
Menurut laporan awal tersebut, menjelang penghujung 2013, pendidikan di tingkatan enam dan peperiksaan STPM akan dijenamakan kembali untuk menggalakkan lebih ramai lepasan SPM mengikuti pelajaran pascamenengah itu.
Dengan penjenamaan itu, sekolah yang menawarkan pelajaran tingkatan enam diberikan kuasa untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif agar dapat mengupayakan pelajar sebelum memasuki universiti. Antara inisiatif yang disebutkan ialah:
- Pelonggaran syarat pemakaian pakaian seragam bagi pelajar tingkatan enam
- Membenarkan penubuhan majlis pelajar tingkatan enam untuk menyuarakan pendapat mengenai aspek persekolahan yang melibatkan kebajikan pelajar dan aktiviti kokurikulum
- Memperkenalkan modul yang memerlukan pelajar menjalankan penyelidikan kendiri, atau bekerja dalam kumpulan untuk menjalankan projek tertentu secara individu ataupun berpasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan