TIMBALAN Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berkata bahawa lebih daripada 100 buah universiti di dunia mengajarkan kursus bahasa Melayu, iaitu di Eropah, Australia, New Zealand, Amerika Utara, dan negara-negara di Asia.
Oleh itu, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berharap rakyat Malaysia perlu berbangga untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Masyarakat perlu berbahasa Melayu dalam urusan seharian, termasuk untuk berbual, bermesyuarat dan dalam persidangan.

Menteri Pelajaran yang mengungkapkan demikian ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2012 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 10 Oktober 2012, turut menegaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu "rojak" yang berleluasa sekarang dapat mengakibatkan terhakisnya kekuatan bahasa kebangsaan secara beransur-ansur. Menurutnya, hal itu semakin buruk apabila pengguna sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial tidak menggunakan ejaan dan sebutan yang betul.
"Kemampuan dan keberkesanan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa sudah lama terbukti, terutama di IPT, malahan kerajaan menubuhkan empat Kursi Pengajian Melayu di Leiden, Belanda; Wellington, New Zealand; Beijing, China; dan Seoul, Korea Selatan, untuk mengangkat martabat bahasa kebangsaan," katanya, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, Khamis, 11 Oktober 2012, halaman 4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan