TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

TEWAS - TUMPAS

DALAM peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 (910/1) STPM tahun 2006, persoalan yang ditimbulkan bagi soalan 59 adalah seperti yang berikut:


Antara yang berikut, yang manakah pasangan yang bersinonim?
.
A. Buku – ruas
B. Suka – senang
C. Tumpas – tewas
D. Tangkas – cerdas


Secara spontan, barangkali kita dapat mengagak jawapan yang dipilih oleh kebanyakan calon pada tahun tersebut. Apabila soalan yang sama diberikan kepada pelajar Tingkatan 6 Atas pada tahun-tahun berikutnya, didapati bahawa banyak pelajar memilih jawapan C. Hal ini bermakna bahawa pelajar berkenaan menganggap perkataan tumpas dan tewas mempunyai makna yang sama.

Benarkah demikian? Pelajar memilih jawapan berdasarkan tanggapan. Mereka tidak merujuk kamus kerana mereka tidak dibenarkan berbuat demikian dalam peperiksaan. Mereka boleh merujuk pengetahuan yang ada pada diri mereka sahaja ketika itu.

Mari kita lihat makna tewas yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

tewas (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, kekurangan (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi berguru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit;

menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan;

ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah.

Kemudian, kita telitikan pula makna perkataan tumpas yang diberikan oleh kamus yang sama.
 
tumpas I habis sama sekali, binasa, punah: tanamkan ke dlm hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dr bumi Asia Tenggara;

menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunahkan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya ~ ancaman komunis di negerinya;

ketumpasan perihal tumpas; tumbas.

Dapatkah dibezakan makna tewas dengan tumpas? Maksudnya tidak sama. Oleh itu, pelajar dan pengguna bahasa lain juga perlu memikirkan pilihan jawapan lain yang sesuai dengan kehendak soalan. Buat rujukan kamus bagi setiap pilihan lain untuk mengenal pasti jawapan yang tepat.
.
.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.