KITA sering menggunakan perkataan istirehat untuk maksud “suasana bersantai” atau “berhenti daripada melakukan sesuatu untuk menghilangkan penat”. Yang tidak kita sedari ialah perkataan ini tidak disenaraikan di dalam mana-mana empat versi Kamus Dewan walaupun penggunaannya sangat kerap. Sebaliknya, yang disenaraikan ialah istirahat. Perkataan istirahat berasal daripada bahasa Arab.
Kelaziman penggunaan istirehat mungkin disebabkan wujudnya perkataan yang hampir sama makna, iaitu rehat. Perkataan ini mungkin sebagai ganti istirahat, yang disesuaikan sebutannya kerana kejanggalan menyebut rahat. Dengan sebab yang demikianlah agaknya perkataan istirahat tidak dikenali, sebaliknya digunakan istirehat atau rehat sahaja.
Perkataan rehat dan rahat terdapat di dalam Kamus Dewan, dengan makna yang sama dengan istirahat. Perkataan rahat ini berasal daripada bahasa Arab juga, mungkin kependekan bagi perkataan istirahat. Perkataan rehat pula mungkin bentuk asal atau telah sedia ada dalam bahasa Melayu lalu digunakan secara baku. Walau bagaimanapun, mulai sekarang, boleh agaknya kita biasa-biasakan diri menggunakan istirahat, rahat, atau rehat sahaja, bukannya *istirehat.

Suara Bahasa, Bil. 03/06: 23 Mac 2006,
Panitia Bahasa Melayu & Pusat Sumber Sekolah,
SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu.
3 ulasan:
Ramai di antara kita salah menyebutnya
Persoalannya, yang mana yang sesuai?
Mane satu betul. Kenapa X bagitahu. Aduhhhh
Catat Ulasan