TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

SAYA TELAH BERSARA, TETAPI LAMAN INI AKAN CUBA DIKEMAS KINI

SELAMAT tahun baharu 2023.
 
Mulai 5 Disember 2022, saya telah bersara wajib daripada perkhidmatan keguruan. Saya mula berkhidmat pada 5 Januari 1987 di Sekolah Menengah Jengka 10, Bandar Pusat Jengka, Pahang. Pada pertengahan Julai 1993, saya mengikuti Kursus Diploma Pendidikan Tinggi di Institut Bahasa melalui Program Kembar Institut Bahasa-Universiti Malaya yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), dan kemudiannya mulai 1995, saya mengikuti Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu di Universiti Malaya. Setelah selesai pengajian, saya ditempatkan di SMK Sultan Omar, Dungun pada 1 April 1998 hinggalah 4 Disember 2022.
 


Meskipun sudah bersara, saya akan cuba mengemas kini beberapa bahagian dalam blog ini setakat yang saya mampu.
 
Semasa berkhidmat, saya merupakan Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas STPM, dan kemudiannya menjadi Ketua Pegawas STPM dan MUET. Selain itu, mulai 2013, saya menjadi pemeriksa Bahasa Melayu Semester 2. Tugas-tugas itu memudahkan saya mendapat maklumat tentang STPM. Namun demikian, setelah bersara, akses tentang hal-hal peperiksaan sudah terhad. Setelah usia persaraan semakin bertambah, saya yakin bahawa banyak maklumat terkini saya ketinggalan. Contohnya, saya mungkin sudah tidak mendapat salinan soalan STPM seperti biasa. Oleh itu, saya mungkin tidak dapat membuat kiriman seperti sebelum ini.
 
Namun demikian, saya berharap pelajar yang terkini yang menggunakan laman ini masih mendapat manfaat tertentu walaupun tidak luas. 
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru, pelajar, dan pengikut lain laman ini yang selama ini telah mengikuti perkembangan laman ini seadanya. Saya memohon maaf sekiranya banyak kelemahan dalam pengendalian saya, selain kekurangan bahan dan maklumat tertentu yang diperlukan.
 
Insya-Allah, laman ini tidak akan saya hentikan. Namun begitu, sekiranya tiada kemas kini dalam tempoh tertentu, sama ada pendek atau panjang, atau selama-lamanya, hal ini bermakna bahawa saya tidak mempunyai bahan terbaharu untuk dikongsi. Selagi saya dapat menyelitkan bahan, akan saya lakukan walaupun mungkin kecil sahaja.
 
Demikian juga dengan penulisan buku model soalan "Skor A dalam STPM Bahasa Melayu" (Semester 1, 2, dan 3) dan buku rujukan, "Nota & Latihan STPM Bahasa Melayu" (Semeter 2 dan 3), akan saya teruskan selagi penerbitnya, Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. memerlukan bahan daripada saya.

Selamat belajar, dan selamat memperoleh kejayaan.
 
 

4 ulasan:

SA berkata...

Salam cikgu. Boleh saya dapatkan skema jawapan 2020 dan 2021? Bpleh saya transfer pada cikgu dan cikgu emelkan jawapan/softcopy buku cikgu yang ada skema jawapan tersebut?

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

SA, terima kasih kerana memberikan tindak balas. Namun begitu, mohon maaf kerana tidak boleh berbuat demikian, nanti penerbit marah. Dapatkan skema yang telah saya muatkan dalam blog ini, setakat yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Assalam cikgu Suhaimi. Selamat Bersara dan semoga bahagia menjalani kehidupan seorang pesara di samping keluarga tercinta. Terima kasih atas kebaikan dan jasa2 cikgu mewujudkan blog yang sangat bermanfaat kepada pelajar2 dan guru2 dalam menimbah ilmu Bahasa Melayu STPM. Hanya Allah sahaja dpt membalas budi baik cikgu. Saya berharap blog ini terus berjasa untuk memberi manfaat kepada anak didik. Sekali lagi terima kasih cikgu.

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata...

Terima kasih kembali.

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.