TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BELAJAR LEBIH LAMA DARIPADA BIASA

AKIBAT amukan Covid-19 di negara kita pada awal 2020 lalu, pelajar STPM Sesi 2020 belajar lebih daripada tempoh biasa, tidak sebagaimana pelajar sesi sebelumnya. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, peperiksaan STPM Semester 2 yang biasanya berlangsung pada bulan Mei 2020 ditangguhkan dan diadakan pada bulan Ogos 2020. Peperiksaan STPM Semester 3 yang sepatutnya diadakan pada bulan November 2020, ditunda ke bulan Mac 2021, dan kemudiannya ditunda lagi ke bulan April 2021. Peperiksaan Ulangan Semester 1 dan Ulangan Semester 2 yang juga sepatutnya diadakan pada bulan November 2020, ditunda ke bulan Mac 2021. Sepatutnya kumpulan ini sudah menamatkan pengajian pada penghujung 2020, tetapi terpaksa melanjutkan pengajian hingga bulan April 2021. Oleh itu, mereka menjadi pelajar STPM selama hampir dua tahun, berbanding dengan sesi sebelum ini yang mengambil masa satu setengah tahun sahaja.
 
Hal yang sama dialami oleh pelajar STPM Sesi 2021. Mereka sepatutnya menghadapi STPM Semester 1 pada bulan November 2020, akan mengambil peperiksaan itu pada bulan Mac nanti. Kumpulan ini juga sepatutnya sudah menjadi pelajar Semester 2 pada bulan Januari 2021, tetapi mereka terpaksa menunggu akhir bulan Mac untuk berubah semester.
 
Kedua-dua kumpulan ini juga membuka sejarah baharu dalam sistem pembelajaran. Kumpulan-kumpulan sebelum ini biasanya mengikuti pengajaran dan pembelajaran rasmi di bilik darjah sepenuhnya, tetapi kumpulan 2020 dan 2021 ini merintis pembelajaran dan pembelajaran di rumah melalui aplikasi Telegram, WhatsApp, Google Meet, dan sebagainya. 
 

Hal itu sangat memeritkan pelajar dan guru. Namun begitu, pengalaman yang sangat berharga ini sebenarnya boleh menjadikan kedua-dua kumpulan ini lebih matang, belajar lebih masa, dan harapnya mendapat ilmu yang lebih banyak. Kekurangan cara pembelajaran melalui dalam talian ini sudah diketahui umum, seperti masalah peranti bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai, batasan data atau tiada liputan Internet, tiada tumpuan daripada pelajar, dan sebagainya. Hal ini membuktikan bahawa peralatan canggih sahaja tidak bermakna dan tidak dapat mengatasi kelebihan cara manual, iaitu bersemuka dengan guru.

Bagi pelajar Tingkatan 6, anda seharusnya tidak mengharapkan guru sentiasa bersama dengan anda. Sukatan pelajaran sudah selesai diajarkan, ulang kaji dan latihan juga sudah kerap dilakukan, panduan pun sentiasa diberikan oleh guru. Oleh itu, anda seharusnya berdikari. Lakukan tugas anda secara kendiri, iaitu sentiasa menjawab soalan latihan dan  membaca bahan tambahan. Sekiranya tidak mampu belajar bersendirian, sesekali bolehlah anda bertandang ke rumah rakan anda untuk mengulang kaji dan berbincang. Segala persoalan yang tidak dapat diselesaikan boleh dirujukkan kepada guru. Itulah cara belajar di Tingkatan Enam.
 
Semoga pelajar-pelajar sesi 2020 dan 2021 dapat memanfaatkan masa yang ada dan sistem pembelajaran yang lebih canggih untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperangan mengumpul ilmu dan peperangan mengelakkan diri daripada diratah oleh kerakusan virus Corona 19.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I have read your writings and I have read articles on this topic in several articles from other sources. I got a lot of information from your writing, is there any other suggestions you can convey regarding the theme of your writing? so that I can get more and more complete information.

I certainly thank you for writing this article well, hopefully it will become a reference in journals or other scientific writings and can help many people. thanks.

Best Regards Gladies

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.