TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

STPM KOHORT 2021 BERAKHIR JUN 2022

PELAJAR STPM Kohort 2021 akan menamatkan pengajian mereka pada hujung bulan Jun 2022 nanti selepas menduduki STPM Semester 3 dan sebahagiannya menduduki STPM Ulangan Semester 2.
 

Pelajar 2021 pada asalnya dijadualkan menghadapi kertas terakhir pada 16 Jun 2022, walau bagaimanapun terpaksa menamatkan pengajian lebih lewat, iaitu pada 22 Jun 2022, apabila Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menunda peperiksaan Semester 3 dan Ulangan Semester 2 tersebut disebabkan beberapa alasan yang tertentu.
 
Untuk STPM Semester 3, pelajar kohort ini akan menghadapi kertas Bahasa Melayu 3 pada 13 Jun 2022 (Isnin), dan untuk STPM Ulangan Semester 2, yang mengulang kertas Bahasa Melayu 2 akan mendudukinya pada 21 Jun 2022.
 
Penangguhan peperiksaan tersebut sepatutnya memberi rahmat kepada pelajar kerana masing-masing mempunyai peluang yang lebih panjang untuk meningkatkan prestasi. Dalam STPM Semester 3, misalnya, pelajar yang menduduki Bahasa Melayu mendapat peluang itu kerana kertas itu dihadapi selepas 17 hari mereka menduduki peperiksaan Pengajian Am 3. Tambahan pula, seminggu sebelum mereka menduduki Bahasa Melayu, sekolah sedang bercuti Penggal 1. Bagi STPM Ulangan Semester 2 pula, calon Bahasa Melayu mempunyai lima hari membuat ulang kaji selepas mereka menduduki STPM Semester 3.
 
Dermaga BM mendoakan kejayaan cemerlang.pelajar kohort 2021 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya, dan mata pelajaran lain yang diduduki amnya.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.