ENAM
orang pelajar
Tingkatan Enam Atas (2010)[1]
dari SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu telah melakukan satu tinjauan
ringkas tentang tahap penggunaan bahasa kebangsaan pada papan nama pusat
perniagaan yang terdapat di dua kawasan perniagaan di Dungun. Kawasan-kawasan
tersebut ialah kawasan perniagaan baharu di Sura Gate, dan kawasan perniagaan
lama di Kuala Dungun. Kedua-duanya terletak dalam lingkungan tidak lebih daripada dua kilometer.
Sejumlah
135 nama pusat perniagaan - dari yang kecil seperti
warung makanan hinggalah yang besar seperti pasar raya - dikumpulkan di kedua-dua
kawasan itu. Daripada data yang dikumpulkan
itu, pelajar-pelajar berkenaan mendapati bahawa wujud tiga keadaan tentang
penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pemilik pusat perniagaan. Keadaan
yang pertama ialah bahasa kebangsaan digunakan, tetapi terdapat penggunaan yang
betul dan yang salah. Yang kedua ialah hal sebaliknya, iaitu bahasa kebangsaan
tidak digunakan langsung, diambil alih oleh bahasa Inggeris. Keadaan ketiga
ialah penggunaan bahasa bercampur, iaitu bahasa kebangsaan dengan bahasa
Inggeris. Dengan hal yang demikian, data tersebut diasingkan mengikut empat aspek
utama, iaitu penggunaan bahasa yang betul, penggunaan bahasa yang salah,
penggunaan campuran kod, dan penggunaan bahasa Ingggeris sepenuhnya.
Penggunaan
bahasa yang tepat ialah yang menepati ciri pengejaan dan binaan frasa. Penggunaan
ejaan yang betul ialah yang mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Bahasa
Malaysia yang berkuat kuasa mulai tahun 1972. Binaan frasa yang betul pula
bermaksud binaan yang mengikut Hukum D-M, iaitu perkataan pertama ialah inti
atau unsur yang diterangkan, dan perkataan yang berikutnya merupakan penerang
atau unsur yang menerangkan, melainkan yang melibatkan kecualian peraturan D-M.[2]
Penggunaan bahasa yang salah ialah
penggunaan yang menyimpang daripada peraturan ejaan dan binaan frasa bahasa
kebangsaan. Ejaan yang digunakan tidak mematuhi Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Malaysia, khususnya bagi yang melibatkan sistem keselarasan huruf vokal. Frasa
yang salah ialah yang tidak mengikut Hukum D-M melainkan yang melibatkan
kecualian bagi hukum tersebut. Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya ialah yang
mengambil seluruhnya perkataan daripada bahasa Inggeris yang belum diterima dan
disahkan penggunaannya oleh Jawatankuasa Istilah, sama ada dari segi ejaan asal
daripada bahasa sumber itu atau ejaan yang diubahsuai, serta penggunaan frasa
mengikut peraturan bahasa sumber tersebut.
Penggunaan bahasa bercampur atau campuran
kod pula bermaksud terjadinya campuran perkataan asli bahasa Melayu atau
perkataan daripada bahasa lain yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu
mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Istilah yang diwujudkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan perkataan daripada bahasa lain, khususnya
bahasa Eropah, yang belum diterima atau disahkan oleh Jawatankuasa Istilah
tersebut.
Penggunaan Bahasa yang Tepat
Daripada
135 dapatan, didapati 37 buah pusat perniagaan menggunakan bahasa yang tepat. Nama-nama
kedai tersebut ialah:
1.
Galeri Tudung
2.
Kedai Alat Solek & Alat
Jahitan Yen Yun
3.
Kedai Barangan Elektrik
4.
Kedai Cermin Tan
5.
Kedai Emas Ariffin
6.
Kedai Emas CYS (Cawangan)
7.
Kedai Emas Kwang Yao
8.
Kedai Emas Ming
9.
Kedai Emas Wah Heng
10.
Kedai Emas Waja
11.
Kedai Gambar Hollywood
12.
Kedai Gunting Rambut
13.
Kedai Jam Kwam Ming
14.
Kedai Kain Wan
15.
Kedai Kasut Bee Bee
16.
Kedai Kek dan Roti Sweden
17.
Klinik Sura Gate
18.
Megah Berkat Sdn. Bhd.
19.
Nirwana Maju Sdn. Bhd.
|
20.
Optik Wangsa
21.
Perniagaan Daya Bumi
22.
Perniagaan Joon
23.
Perniagaan Komunikasi CKC
24.
Perniagaan Win Fatt
25.
Pusat Jahitan Anda
26.
Pusat Jualan Leno
27.
Pusat Kecantikan Nini
28.
Pusat Latihan Komputer Belta
29.
Pusat Tutorial Reesha
30.
Pustaka Seri Intan
31.
Restoran KFC
32.
Restoran Lian Fong Yuen
33.
Sendayu Tinggi
34.
Seriwali Sdn. Bhd.
35.
Syarikat Eng Hin
36.
Syarikat Stereo
37.
Syarikat Wong Fok Ming
|
Penggunaan
Bahasa yang Salah
Daripada
135 dapatan, terdapat 14 penggunaan yang tidak menepati peraturan bahasa dari
aspek ejaan dan binaan frasa. Penggunaan yang salah mengikut jenis kesalahan adalah
seperti yang berikut:
Kesalahan Ejaan
1.
Kedai Perabut SPS
2.
Pasaraya Aneka
3.
Pasaraya Ku
4.
Pasaraya You Hoe
5.
Syarikat Perabut Shanghai
6.
Warong Aisyah
Kesalahan Ejaan dan
Frasa
1. Emaskraf Harum
|
Kesalahan Frasa
1.
Choo Yik Sin Kedai Buku dan Surat Khabar
2.
Cik Aisyah Kedai Rempah
3.
Dungun Kopitiam
4.
Ennie Tukang Jahit
5.
Juliana Butik & Aksesori
6.
Nara Tomyam Dungun
7.
Takaful Ikhlas Fitrah Agensi
|
Ejaan “perabut” salah kerana
perkataan itu dipinjam daripada bahasa Indonesia yang tidak tertakluk kepada
pola keselarasan vokal bahasa Melayu, maka sepatutnya diejakan “perabot”
seperti ejaan asalnya. Sebagai kata majmuk yang dieja secara terpisah,
perkataan “pasaraya” sepatutnya diejakan “pasar raya”. Perkataan “warong”
seharusnya diejakan “warung” kerana bentuk ini terikat dengan ejaan pola
keselarasan huruf vokal bahasa Melayu.
Tujuh kesalahan frasa terjadi kerana pengguna bahasa
meletakkan unsur menerangkan (M) di hadapan, sedangkan mengikut peraturan
binaan frasa dalam bahasa kebangsaan, unsur yang diterangkan (D) hendaklah
didahulukan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum D-M. Oleh itu, bahagian
yang bergaris sepatutnya diletakkan di hadapan sekali.
Perkataan “Emaskraf” mengalami dua kesalahan serentak.
Pertama, kesalahan ejaan, kerana sepatutnya perkataan itu diejakan secara
terpisah, iaitu “Emas Kraf”. Kedua, dari segi frasa, bentuk “Emas Kraf” itu
masih salah kerana perkataan “Kraf” merupakan hal yang diterangkan, maka perlu
diletakkan di hadapan, iaitu “Kraf Emas”.
Penggunaan
Bahasa Bercampur
Selain
itu, 23 keping papan tanda menggunakan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan
bahasa Inggeris. Percampuran ini melibatkan penggunaan ejaan dan binaan frasa
mengikut sistem bahasa Inggeris, suatu ciri yang tidak digunakan dalam bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Contoh penggunaan bahasa kebangsaan yang
bercampur dengan bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut:
1.
Agensi Pelancongan Miracle Journey
Network Sdn. Bhd.
2.
Dona Trading Sdn. Bhd.
3.
Gah Ria Enterprise Peralatan
Memancing
4.
Howah Mobile Service
5.
Jose Penjual & Servis
6.
Kasturi Sports Centre Sdn Bhd
7.
Kedai Alat Telekomunikasi Zamain Dunter
Enterprise
8.
Kedai Cat Jotun Multicolour Pengkalan
Hardware Trading
9.
Kedai Peralatan Telekomunikasi Technic
Point Communication
10.
Kedai Ubat Ban Choon Chea Medical Hall
|
11.
Mitra Valuers & Property Consultant
Sdn Bhd
12.
Perabot Ching Furniture
13.
Perniagaan Rock Fashion
14.
Pok Eng Tin Enterprise Sdn. Bhd.
15.
Pure Technology Solution Sdn Bhd
16.
Pusat Cenderamata Smart CC Sdn Bhd
17.
Pusat Jualan dan Servis Komputer
18.
Pusat Jubin Prestige
19.
Pusat Komputer MSH Tech Enterprise
20.
Pusat Persolekan Prime Beauty Therapy
Centre
21.
Syarikat Dungun Aluminium Trading
22.
Tukang Jahit Unisex Modern
23.
Wakil Insurans Syarikat Seng Huat Motor Trading
|
Penggunaan
Bahasa Inggeris Sepenuhnya
Sejumlah
67 penjenamaan didapati menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, termasuk dari
segi ejaan dan binaan frasa, seperti yang berikut.
1.
AA Indah Maju Enterprise
2.
Aida Zack Enterprise
3.
An Refrigeration & Electrical Service
4.
Azax Design
5.
Aziela Fashion
6.
Azmiera Boutique Collection
7.
BPD Enterprise
8.
Chin Hin Trading
9.
CK Motorsport Accessories And Services
10.
Click Surf Cafe
11.
Convert Apperal Shop
12.
DMA Boutique Collection
13.
Dona Trading Sdn. Bhd.
14.
Dungun Insurance Agency
15.
Dungun Optometry Centre
16.
Era Nona Ent.
17.
Etiqa Cipta Tuah Agency
18.
EU Gemilang Enterprise
19.
Fei Yi Trading
20.
Grace Computer & Communications
21.
Haziq Enterprise
22.
Hew Foong Hardware
23.
House Of Healin
24.
Howah Mobile Service
25.
I-Management
26.
Insa Jaya Agency
27.
Insujaya Agency
28.
J.J. Enterprise
29.
Jose Jaya Enterprise
30.
Lan Cushion Studio
31.
M. Idris Enterprise
32.
Ma Thai Enterprise Trading
33.
Mainstech Computer
34.
Mesra Indah Collection
|
35.
Mitra Valuers & Property Consultant Sdn
Bhd
36.
My Boutique
37.
New Star Enterprise
38.
Pesona Trading
39.
Pizzahut
40.
Pujangga Sa’ba Learning Centre
41.
Pure Technology Solution Sdn Bhd
42.
Ros De Cleopatra
43.
Sara Fesyen N Collection
44.
Shell Gas
45.
Sinaran Refrigeration Service
46.
Sky Net Ent.
47.
Sri Dungun Enterprise
48.
Sri Gate Photo
49.
Sri Jaya Hardware Trading
50.
Sri Nang Trading
51.
Star Sports & Jeans
52.
Sura Gate Baby Centre
53.
Syahdilla Enterprise
54.
Tee Off Communication
55.
Tee Off Communication
56.
Trinergy Enterprise
57.
Tropicana Mobile Centre
58.
Tuah Sport Centre
59.
UPC Computer Centre
60.
W.I. Bistari Enterprise
61.
Wadi Agency
62.
Wan Sha Collection
63.
Wei Hin Hardware
64.
Wong Fok Ming Hardware
65.
Xcom Centre
66.
Yonex C.T. Sport
67.
Z.I. Damai Maju Enterprise
|
RUMUSAN
DARIPADA dapatan kajian ini,
dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status penggunaan bahasa kebangsaan
berada dalam keadaan yang berikut:
Tahap Penggunaan Bahasa
Kebangsaan adalah Agak Baik
Dari sudut penggunaan bahasa
kebangsaan, jumlah kesalahan yang sangat kecil berbanding dengan jumlah
penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai aspek
penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati
disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan
penggunaan frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama
yang betul mengikut sistem bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu,
frasa yang digunakan dipengaruhi oleh bentuk bahasa Inggeris.
Kecenderungan
untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan
Jumlah penggunaan bentuk
bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris sepenuhnya yang
sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan
bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian.
Kecenderungan ini merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa
kebangsaan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima
adalah dalam bahasa kedua, di samping kerana bahasa kebangsaan tidak menjadi
bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian.
CADANGAN
UNTUK meningkatkan penggunaan
dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu dilakukan. Hal ini
melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan yang
meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu
dipamerkan kepada masyarakat.
Pertama,
pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis masing-masing
menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk
menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan bahasa
kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan.
Kedua,
pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan supaya
mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan
memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras
bahasa kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak
menguasai bahasa kebangsaan dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk
mengikuti kursus pendek dengan pihak berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu
juga seharusnya merujuk kepada Unit Khidmat Bahasa yang terdapat di Dewan
Bahasa dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang sewajarnya. Perkhidmatan itu
boleh dibuat secara langsung dengan pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa dan
Pustaka, atau membuat rujukan melalui laman sesawang badan itu, www.dbp.gov.my.
PENUTUP
PENGGUNAAN bahasa kebangsaan
sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia wujud dalam bahasa
kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam bahasa
Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan bahasa kebangsaan dalam
kalangan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan
baik dalam masa yang tidak panjang.
Semua
pihak – pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan pihak
berkuasa bahasa kebangsaan – harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa
rasmi negara yang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan
orang awam. Papan tanda nama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal
yang rasmi kerana pameran itu dilakukan untuk panduan dan pengetahuan awam.
[1] Nur
Fatin Pakhriah binti Othaman (6A1), Norashikin binti Ramli (6A1). Muhammad
Fakhruddin bin Fadzil (6A1), Mohd Faezuddin bin Alias (6A1), Amirul Imran bin
Mohd Riza (6A2), dan Mazura binti Mohamad Azam (6A2)
[2] Nik Safiah Karim, et al. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 376-377
1 ulasan:
Rasanya sesetengah nama yang dikata bercampur itu tidak boleh diubah kerana nama khas 'trademark' atau 'copyrighted' yang mana tidak sepatutnya diterjemahkan walaupun papan tanda di buat dalam bahasa Malaysia.
Catat Ulasan