TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BAHASA ANUGERAH KEPADA BANGSA

BAHASA Melayu sudah diletakkan di singgahsananya semenjak negara kita menikmati kemerdekaan. Tiga puncak persada telah memartabatkan bahasa itu menjadi bahasa kebangsaan: Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsan 1963/1967, dan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Dengan pengikhtirafan itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan awam, menjadi bahasa rasmi dalam setiap urusan rasmi, khususnya yang melibatkan agensi kerajaan, dan berfungsi sebagai bahasa komunikasi utama, bahasa penyatu pelbagai kaum di negara ini, dan bahasa ilmu.

Tidak terlalu susah untuk merealisasikan status dan peranan yang digariskan itu. Yang perlu dilakukan hanyalah menggunakan bahasa Melayu pada tempatnya. Dalam situasi yang khalayaknya orang dari Malaysia, gunakanlah bahasa kebangsaan, tetapi apabila berurusan dengan pihak asing, yang tidak tahu berbahasa Melayu, sewajarnya menggunakan bahasa mereka. Maksudnya, bahasa kebangsaan tidak menuntut warganegara Malaysia sentiasa berbahasa kebangsaan kita sekiranya keadaan tidak mengizinkan, tetapi berbahasa asing secara yang tidak kena pada tempatnya, hal itu tentulah memperlekeh kemampuan bahasa sendiri.

Bahasa diturunkan tidak sama fungsinya dengan agama. Bahasa diturunkan oleh Pencipta Alam kepada bangsa. Setiap bangsa dibekalkan dengan bahasa tersendiri. Hal ini berbeza dengan agama kerana hanya satu agama diturunkan pada satu-satu masa, yang perlu dianuti oleh semua bangsa. Oleh itu, bahasa dapat dianggap sebagai satu anugerah besar kepada bangsa. Sebagai anugerah, kita harus menjaga bahasa dengan baik. Orang yang tidak menghargai anugerah yang diberi kepadanya, ialah orang yang tidak mempunyai perasaan.


Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.