TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BERSEDIA UNTUK PENGGAL KEDUA

PELAJAR STPM Sistem Baharu yang sudah menamatkan pengajian Penggal 1 harus telah bersedia untuk menghadapi sesi pengajian Penggal 2 yang lebih mencabar dari segi ruang lingkup sukatan pelajaran dan tuntutan masa.

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, pelajar seharusnya sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan tajuk yang perlu dipelajari sepanjang penggal kedua itu nanti. Aspek yang akan diikuti ialah:
  • Tatabahasa - meliputi aspek Morfologi (24 waktu pengajaran dan pembelajaran), dan Sintaksis (38 waktu pengajaran dan pembelajaran)
  • Analisis Kesalahan Bahasa (18 waktu pengajaran dan pembelajaran)
  • Penulisan Esei Berformat (40 waktu pengajaran dan pembelajaran)
Bagi tajuk Tatabahasa dan Analisis Kesalahan Bahasa, pengujian dilaksanakan secara berpusat, iaitu soalan disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dan jawapan calon diperiksa oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Aspek Tatabahasa akan dinilai dalam Bahagian A (30 markah: terdiri daripada 30 soalan aneka pilihan), dan Bahagian B (21 markah: terdiri daripada soalan berbentuk struktur), manakala aspek Analisis Kesalahan Bahasa dinilai dalam Bahagian B (9 markah), bersama-sama dengan Tatabahasa.

Bagi aspek Esei Berformat, pelajar perlu mempelajari sekurang-kurangnya tujuh bentuk esei berformat, dan akan dinilai selepas setiap format dipelajari. Penggubalan soalan dilakukan oleh guru, atau mungkin diselaraskan di peringkat negeri. Setiap soalan esei berformat diperuntukkan 25 markah.

Oleh itu, pelajar dinasihati agar membuat persediaan awal dengan membaca buku tatabahasa, seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau buku tatabahasa khas untuk STPM, Tatabahasa Asas yang baru diedarkan oleh Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia. Selain itu, pelajar boleh membaca majalah Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, dan buku-buku rujukan lain. Persediaan ini penting untuk memudahkan pelajar memahami pengajaran guru nanti.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.