PELAJAR dan guru yang berminat dalam bidang penulisan puisi dipelawa untuk menyertai Sayembara Menulis Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Timur, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.
Sayembara dibahagikan kepada dua kategori. Kategori Terbuka untuk penulis dewasa termasuk pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT), manakala Kategori Pelajar dikhaskan kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 6.
Penyertaan terbuka kepada penulis yang lahir di Kelantan dan Terengganu, termasuk yang menetap di luar kedua-dua negeri tersebut. Bagi yang berasal dari luar Kelantan dan Terengganu, tetapi telah menetap di kedua-dua negeri itu sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh tutup penyertaan, boleh menyertai sayembara ini dengan menyertakan surat pengesahan daripada ketua jabatan, atau majikan, atau ketua masyarakat, atau ketua institusi pendidikan, atau pengetua sekolah masing-masing bagi pelajar.
Tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2012. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dimuat turun terus daripada pautan ini: BORANG PENYERTAAN SAYEMBARA MENULIS PUISI BULAN BAHASA KEBANGSAAN WILAYAH TIMUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan