RADIO dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui saluran televisyen, TV2, sedang menyiarkan drama tentang bahasa kebangsaan, "Osman Baku" pada setiap hari Selasa, pukul 9.30 malam.
Antara siri drama pendek selama setengah jam itu yang telah ditayangkan ialah "Kain Rentang" yang memaparkan kisah Cikgu Osman menurunkan kain rentang yang mengandungi kesalahan bahasa dan digantikan dengan kain rentang lain yang menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Cikgu Osman ialah bekas guru yang sangat mementingkan penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat dari segi perkataan, ejaan, dan tatabahasa. Beliau sanggup menurunkan kain rentang, gegantung dan papan tanda yang dipasang di tempat awam di kampungnya. Beliau juga dengan berani membetulkan setiap kata dan frasa dalam bahasa Inggeris yang digunakan oleh doktor yang merawatnya di klinik atau sesiapa sahaja yang bercakap dengannya.
Cikgu Osman mempunyai seorang anak dara yang sedang berkhidmat sebagai guru. Anaknya itu juga selalu ditegur dalam hal penggunaan bahasa, termasuk bahasa pesanan ringkas (SMS). Dia turut tidak terlepas daripada keinginan untuk mengekalkan budaya bangsa yang indah apabila setiap jejaka yang ingin meminang anaknya itu perlu berpantun.
Pengolahan drama dibuat secara bersahaja tetapi menarik dengan selitan unsur kecindan yang bernada sinis. Watak Osman Baku dibawakan oleh Dato' Rahim Razali, manakala skrip ditulis oleh Syareel Izam Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan