MASIH banyak pengguna bahasa Melayu yang keliru ketika menggunakan kata terbitan atau kata berimbuhan. Contoh yang ketara ialah penggunaan imbuhan dalam perkataan *merbahaya.
Bentuk itu tidak tepat kerana dalam bahasa Melayu tidak wujud imbuhan *mer-. Yang sesuai ialah ber-. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ada menyenaraikan perkataan merbahaya, tetapi dirujukkan sebagai marabahaya, yang bermaksud "bermacam-macam bencana atau bahaya". Dengan maksud itu, merbahaya atau marabahaya ialah kata nama, sedangkan berbahaya ialah kata kerja.
Maksud ber- dalam situasi ini ialah “ada” atau “mempunyai”. Dengan hal yang demikian, berbahaya bermaksud “boleh mendatangkan bahaya” atau “dalam bahaya”. Oleh itu, gunakanlah perkataan berbahaya.

Satu contoh lagi ialah *pergerakkan. Imbuhan *per-...-kan juga tiada dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah pe-...-an dan per-...-an. Jika digunakan pe-...-kan, yang terhasil ialah *pegerakan. Bentuk ini salah juga. Oleh itu, bentuk yang betul ialah pergerakan.
2 ulasan:
Adakah ayat ini benar?
Stres amat merbahaya kepada fizikal kita.
hai angkol
Catat Ulasan