SEORANG guru bertanya tentang makna perkataan muasir setelah mendapati perkataan itu tidak ada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Dia menemukan perkataan itu ketika memeriksa kertas Bahasa Malaysia 2 calon STPM.
Apabila dirujuk kepada Khidmat Nasihat DBP melalui lamannya, http://www.dbp.gov.my/, rupa-rupanya sudah ada pertanyaan tentang perkataan itu. Mengikut penjelasan Khidmat Nasihat DBP, perkataan itu berasal daripada bahasa Arab, yang bermaksud "semasa" atau "kontemporari". Oleh itu, apabila digunakan frasa "pada muasir ini", maksudnya sama dengan frasa "pada masa ini".

Walau bagaimanapun, Khidmat Nasihat DBP mengingatkan agar berhati-hati apabila mengeja perkataan itu. Sekiranya dieja muassir, maksudnya ialah "menyusahkan", berbeza daripada maksud "semasa".
Selain itu, seorang Ketua Pemeriksa BM Kertas 2 mengingatkan calon agar tidak cenderung menggunakan perkataan yang muluk-muluk, apatah lagi sekiranya perkataan itu belum terdapat dalam kamus. Kertas BM 2 STPM tidak memerlukan penggunaan kosa kata dan ayat yang berbunga-bunga. Yang mustahaknya, perkataan dan ayat yang digunakan sesuai dengan konteks, tidak terlalu kompleks, dan mudah difahami oleh pemeriksa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan