TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

Jawapan

Soalan:  Che Min, Besut, Terengganu

Tuan,

Tolong jelaskan mengapakah perkataan "mempertinggikan" dianggap sebagai lewah, sedangkan perkataan "mempersembahkan" tidak sedemikian.

Terima kasih.


Jawapan:

Sdr Che Min,
Perkataan "mempertinggikan" itu dibina dengan kata dasar adjektif "tinggi" dan imbuhan apitan "memper-...-kan". Imbuhan itu sesuai digunakan dengan kata nama dan kata kerja sahaja. Imbuhan "memper-" itu sudah membawa maksud "menjadikan lebih atau bertambah". Sekiranya ditambahkan dengan akhiran "-kan" menjadi apitan "memper-...-kan", maksud yang dibawakan sudah berlebih-lebihan atau lewah. Oleh itu, sekiranya hendak digunakan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif, memadai dengan menggunakan imbuhan awalan "memper-" sahaja, iaitu "mempertinggi", "memperhebat", "memperlambat", "mempercantik", dan seumpamanya.

Perkataan "mempersembahkan" sesuai kerana kata dasarnya ialah kata kerja "sembah". Jika ditiadakan "-kan", bentuk yang terhasil, "mempersembah" tidak lengkap pula. Demikianlah juga perkataan "memperlakukan", "memperdengarkan", dan sebagainya, termasuklah dengan kata nama, seperti "mempersaudarakan", "memperhambakan", dan "mempersuamikan".

Sdr Che Min boleh menyemak hal ini dengan lebih lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) pada halaman 208 hingga 211.

+++++++++++++++++++++



Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.