TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI/RAKAN PRAUNIVERSITI - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN
PEPERIKSAAN STPM BAHASA MELAYU PENGGAL 2 (910/2) 2018: 23 MEI 2018, 11:00 PAGI - 12:30 TENGAH HARI

SELAMAT BELAJAR

MENGUASAI ISTILAH ATAU UNSUR BAHASA

UNTUK menguasai Sukatan Pelajaran BM STPM Penggal 2, pelajar perlu menguasai konsep, ciri, contoh, dan perbandingan bagi setiap tajuk dan subtajuk. Hal ini dikatakan demikian kerana soalan yang dikemukakan menjurus ke arah pengetahuan dan pemahaman tentang perkara-perkara tersebut. 


Konsep:
Konsep ialah definisi/takrif/pengertian tentang sesuatu istilah atau unsur bahasa. Pelajar perlu mengetahui konsep dengan tepat supaya tidak tersasar ketika menjawab soalan struktur.

Contohnya, pelajar perlu memahami konsep morfem, morfem bebas, dan morfem terikat, serta perkataan/kata.

Ciri:
Ciri ialah sifat yang dimiliki oleh sesuatu istilah atau unsur bahasa. Pelajar perlu memahami ciri morfem, morfem bebas, morfem terikat, dan kata.

Contohnya, morfem mempunyai makna, dan tidak boleh dipecahkan kepada unit  bahasa yang lebih kecil. Morfem bebas bersifat perkataan. Morfem terikat pula tidak mempunyai makna, dan perlu digabungkan dengan bentuk atau morfem lain untuk membawa makna. Perkataan mempunyai makna, dan semua kata merupakan morfem (bebas).

Contoh:
Contoh perlu diketahui untuk setiap istilah atau unsur bahasa yang dibincangkan. Sebaik-baiknya dapatkan tiga contoh yang sesuai, mudah, dan senang diingat, khas untuk menjawab soalan struktur.

Contohnya, morfem boleh sama ada perkataan (kami, padang, tukar, dan sebagainya), manakala morfem terikat terdiri daripada imbuhan (ber-, -an, ke-...-an, dan sebagainya), dan kata akar (niaga, juang, tani, dan sebagainya). Kata pula, sama ada bentuk tunggal (indah, geram, sahabat, dan sebagainya), bentuk terbitan (berlari, kenangan, kemampuan, dan sebagainya), bentuk gandaan (meja-meja, rerama, bersuka-suka, dan sebagainya), bentuk majmuk (tanggungjawab, Ketua Setiausaha, anak emas, dan sebagainya), dan bentuk frasa (tidak adil, ke tepi, pokok kelapa, dan sebagainya).

Perbandingan:
Perbandingan terdiri daripada persamaan dan perbezaan. Pelajar perlu mengetahui kedua-duanya, jika berkaitan dengan istilah atau unsur bahasa tersebut. Persamaan dan perbezaan dapat dikenal pasti daripada ciri tadi.

Contohnya, antara morfem bebas dengan kata, persamaannya ialah kedua-duanya mempunyai makna sendiri, dan boleh bersifat ayat minimal pada keadaan atau konteks tertentu. Dari segi perbezaannya, morfem bebas bersifat tunggal sahaja (tidak perlu bergabung dengan bentuk lain), tetapi perkataan boleh terdiri daripada bentuk tunggal, terbitan, gandaan, majmuk, dan frasa juga.

Perlu diingatkan bahawa, sekiranya perbandingan diminta, pelajar hendaklah membandingkan dua istilah atau unsur bahasa itu dalam konteks yang sama. Misalnya tadi, dari aspek makna, sama ada mempunyai makna sendiri, atau mempunyai makna apabila digabungkan dengan bentuk lain.



2 ulasan:

PAK RUSDI DI SEMARANG berkata...

Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sud ah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di ��PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL��

Tanpa Nama berkata...

Artikel ini sangat bagus sekali... Thanks sobat...

Rental Mobil Jogja | Tempat Rental Mobil di Jogja | Sewa Mobil Jogja | Yogyakarta Car Rental and Tour Service - Persada Transport | Ahli Sumur Jogja

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.