TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

BILAKAH KAMI DAPAT BERUNIFORM BAHARU, CIKGU?

DERMAGA BM STPM tertarik dengan cetusan rasa hati Guru Tertekan, Parit Buntar yang disiarkan dalam Berita Harian, 23 Julai 2013 lalu, bertajuk "Pengurusan Tingkatan 6 di takuk lama".


Dermaga BM STPM juga beranggapan sedemikian. Sistem baharu Tingkatan 6 sebenarnya bermula pada 2008 lagi apabila gurunya dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6. Ini satu jawatan sebenarnya. Guru Akademik Tingkatan 6 tidak boleh memegang jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Penolong Kanan, Guru Perpustakaan dan Media, Guru Data, apatah lagi Pengetua.

Mengapakah guru Tingkatan 6 diberikan nama yang khusus itu? Namanya mungkin agak gah, hingga menimbulkan salah faham dalam kalangan guru lain. Namun, guru Tingkatan 6 masih menjadi guru bagi pelajar tingkatan lain. Lalu, guru Tingkatan 6 bergelut dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 6, dan pada masa yang sama, ada yang bergelumang juga dengan PBS bukan Tingkatan 6, sedangkan guru bukan Tingkatan 6 tidak mengalami hal yang sama!

Kita diberitahu bahawa Kementerian Pelajaran mahu memperkasakan Tingkatan 6. Pelajar Tingkatan 6 akan diangkat kepada satu kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lain di sekolah. Hal ini memang wajar kerana pelajar Tingkatan 6 merupakan warga prauniversiti. Sepatutnya mereka juga dapat menjalani kehidupan sebagai pelajar matrikulasi di universiti, dengan beberapa kelainan daripada pelajar sekolah biasa.

Menteri Pelajaran sendiri pernah mengumumkan bahawa pakaian pelajar Tingkatan 6 akan dibezakan daripada pelajar lain, dan pelajar prauniversiti ini diletakkan pada taraf yang sepatutnya. Berita itu amat menyenangkan hati pelajar Tingkatan 6. Namun, hal itu terus menjadi kemungkinan yang entah bila akan menjadi kenyataan. Adakah untuk menukar pakaian pelajar memerlukan kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dahulu?

Kasihan pelajar perempuan Tingkatan 6 yang susuk tubuhnya kecil apabila memakai uniform Tingkatan 6, tidak mustahil ada yang terkeliru dengan murid sekolah rendah yang tubuhnya agak besar, kerana akan kelihatan sama. Demikian dikatakan kerana corak pakaiannya sama, iaitu baju putih dan kain hitam atau biru gelap! Oleh itu, pelajar Tingkatan 6 sama taraf dengan murid sekolah rendah!

Pada tahun ini, dikatakan banyak sekolah yang mengalami kemerosotan kemasukan pelajar 6 Bawah walaupun senarai nama yang sampai berjela-jela. Selain yang mendapat tawaran yang lebih baik atau memenuhi kehendak hati pelajar, ke manakah perginya pelajar lain yang tidak dapat ke mana-mana? Mengapakah mereka tidak memasuki Tingkatan 6?

Ada pihak yang mengaitkan sistem baharu STPM sebagai satu daripada puncanya. Mereka mungkin mendapat maklumat bahawa sistem baharu ini amat membebankan, khususnya dengan kewujudan kajian ilmiah. Bayangkan, pada Penggal 2, pelajar perlu menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kajian ilmiah. Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, mereka terpaksa menyelesaikan lapan  esei berformat dalam keadaan tergesa-gesa selepas hanya belajar sepintas lalu. Mungkin ada guru Bahasa Melayu yang berkata tidak adil bagi mereka kerana mata pelajaran itu perlu mengadakan dua kali PBS, iaitu Esei Berformat (Penggal 2) dan Kajian Ilmiah (Penggal 3), dan pada masa yang sama bergelut dengan sukatan pelajaran untuk peperiksaan berpusat pula.

Keadaan itu, yang diketahui pelajar lepasan SPM, ditambahkan dengan sarana yang tidak kondusif dari segi masa pembelajaran, pakaian, dan aktiviti sekolah, yang semuanya mengikut aliran perdana, menyebabkan pelajar tawar untuk memasuki Tingkatan 6. Oleh sebab itu, ada yang sanggup memasuki kolej swasta demi merasai suasana universiti lebih awal, walaupun terpaksa membebankan keluarga dari segi kewangan.

Kita mahu melihat transformasi yang memberi inovasi tinggi kepada pelajar prauniversiti ini dengan segera!

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.