TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

"TIGERS" DAN "LEOPARDS" LAWAN GARUDA DAN RAJAWALI

PIALA AXIATA ialah kejohanan badminton yang terbaharu diperkenalkan. Malaysia sebagai negara gergasi badminton dunia tidak terlepas daripada menyertai kejohanan yang menawarkan hadiah termahal di dunia itu. Kebetulan pula kejohanan berpasukan itu mempertemukan negara-negara di Asia Tenggara. Berdasarkan keupayaan semasa, Malaysia dan Indonesia dijangka akan memenuhi ruang pertandingan peringkat separuh akhir, lagipun kedua-dua negara itu menurunkan dua pasukan.

Akhirnya telahan itu menjadi benar. Selepas berlangsung pertandingan peringkat awal mulai 23 Mac 2012 hingga 25 Mac 2012, kedua-dua pasukan dari kedua-dua negara itu akan berentap dalam pertandingan peringkat separuh akhir pertama pada 30 Mac 2012 (Jumaat) ini, dan separuh akhir kedua pada 1 April 2012 (Ahad) ini.

Hadiah keseluruhan kejohanan ini bernilai AS$1 juta, bersamaan dengan RM3 juta. Hadiah yang paling mahal itu juga semahal dengan nama kedua-dua nama bagi pasukan Malaysia. Betapa tidaknya, selepas YAB Timbalan Perdana Menteri mengisytiharkan agar bahasa kebangsaan digunakan dalam segala urusan rasmi dan negara selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia, yang lebih selesai dikenali dengan nama akronim dalam bahasa Inggeris, BAM, menamai kedua-dua pasukannya dengan nama Malaysia Tigers (pasukan utama) dan Malaysia Leopards (pasukan pelapis). 

Hal ini sangat berbeza dengan Indonesia apabila negara tersebut menamai pasukannya sebagai Indonesia Garuda dan Indonesia Rajawali. Kedua-dua persatuan badminton itu menggunakan nama binatang yang sesuai dengan lambang dan kemegahan negara masing-masing. Yang berbezanya ialah Malaysia dengan unsur bahasa Inggeris, sedangkan Indonesia dengan unsur bahasa kebangsaannya.

Kalau Persatuan Bola Sepak Malaysia menggunakan nama Harimau Malaya untuk pasukan kebangsaan utama, dan Harimau Muda untuk pasukan kedua, disebut dengan sangat indah dengan menggunakan susuk bahasa kebangsaan, sungguh menghairankan sekali Persatuan Badminton Malaysia tidak mengikut langkah itu, tetapi berbangga dengan perkataan dalam bahasa Inggeris.

Keadaan ini menggambarkan semangat kebangsaan dan jati diri warganegara kita sebenarnya. Indonesia terus mengangkat martabat bahasanya dan memperkukuh kedudukan bangsanya dalam setiap bidang kemanusiaan (sosial) dan siasah (politik). Dengan sebab itulah, walaupun Indonesia disenaraikan sebagai negara miskin, negara serumpun kita itu kaya dengan kekuatan yang sukar untuk kita bayangi. Rakyatnya rata-rata miskin, namun perkhidmatan rakyatnya diperlukan dalam sektor pembinaan, pertanian dan kerumahtanggaan. Dengan hal yang demikian, rakyat Indonesia memenuhi ruang pekerjaan di tapak pembinaan, di ladang, dan di dalam rumah warganegara kita. Rasa-rasanya tanpa perkhidmatan dari seberang itu, pembangunan dan perjalanan hidup rumah tangga masyarakat negara kita akan tergencat. Dalam isu mutakhir tentang keperluan pembantu rumah, walaupun dikatakan tidak disepakati dalam memorandum persefahaman dengan pemerintah republik itu, pihak tersebut dengan beraninya mengisytiharkan bahawa gaji minimum RM700.00 sebulan adalah untuk satu tugas sahaja.

Inilah sikap masyarakat negara kita yang belum lagi dapat diselesaikan. Kita masih berbangga dengan pengenalan diri orang lain, lantas mengetepikan keistimewaan dan anugerah yang diturunkan kepada diri sendiri.

Tiada ulasan:

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.